Semalam baru saja seorang aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah atau disenangi dengan panggilan Ayahanda telah mengumumkan penglibatan dirinya dalam gelanggang politik.
Dia juga dikatakan bakal bertanding di Parlimen Port Dickson atas tiket Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bawa suara rakyat dan veteran tentera
Menurut Utusan Malaysia, dia yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan tersebut.
“Saya pilih Port Dickson kerana tiada kawasan lain untuk bertanding, jikalau boleh 222 kerusi Parlimen saya hendak bertanding. Saya ikhlas untuk membantu kerana memikirkan rakyat.”
Selain daripada itu, dia juga turut meluahkan hasrat untuk menyelesaikan isu veteran tentera, memandangkan 80 hingga 90 peratus veteran tentera menetap di Port Dickson.
Untuk pengetahuan korang, Rani Kulup juga difahamkan akan berebut kerusi dengan beberapa ahli politik berprofil tinggi seperti Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Dapat reaksi netizen, ada pula yang pertikai?
Pengumuman tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen dimana rata-rata daripada mereka mempertikai kemunculannya dalam gelanggang politik menjelang PRU-15 yang bakal diadakan November ini.
Namun, ada juga yang menyokong perjuangan Rani Kulup dalam membawa suara rakyat melalui saluran dalam penglibatan politik dan berharap agar dia berpeluang untuk menang dalam pilihan raya kali ini.
Macam makin hangat PRU kali ini ye!
Baca: Azwan Ali ‘Comeback’ Dalam PRU-15, Bakal Bertanding Di Parlimen Gombak?