in

“Habis kena langgar” – Serpihan Daging Di Lebuhraya Dipercayai Milik Suspek Kes Pecah Rumah

1Pecah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki maut dalam keadaan yang sangat tragis dimana tubuhnya berkecai dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS arah selatan semalam berdekatan dengan Susur Keluar Tol Gopeng, Perak.


Menurut laporan Harian Metro, pihak Bomba telah bergegas ke tempat kejadian pada awal pagi dan mengambil masa sehingga dua jam untuk mengutip cebisan badan yang berkecai akibat digilis kenderaan itu.

134

 

Mangsa ada rekod jenayah

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritenden Hasron Nazri Hashim telah mengesahkan mangsa yang meninggal dunia dalam keadaan yang sangat tragis itu telah dikenal pasti. Semakan terhadap mangsa juga mendapati beberapa rekod jenayah pecah rumah yang berlaku di lokasi berbeza di Kedah sekitar 11 dan 12 Oktober lalu.

Pihak polis juga mendapati motosikal yang digunakan mangsa dilaporkan hilang di Alor Star baru-baru ini. Selain itu, mangsa juga adalah suspek yang dikehendaki dalam satu kes merosakkan pagar Masjid Kubang Siam beberapa hari lepas.

Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 40 tahun yang berasal dari Terengganu itu maut ditempat kejadian selepas motosikalnya dipercayai terbabas sendiri tanpa melanggar apa-apa objek lalu jatuh di jalan dan digilis sebuah Myvi dan kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.

Mangsa diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian manakala motosikal dijumpai di lorong kecemasan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa akan menjalankan bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris.

 

Baca: “Jagalah lembu anda, jangan biar berpeleseran”  Ambulans Teruk Kemalangan, KKM Tegur Pemilik Lembu Jaga Haiwan Ternakan

Screenshot 2020 10 17 At 10.09.19 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.