in

“Bagus brader ni” – Netizen Puji Tindakan Pantas Perakam Video Selamatkan Mangsa Jatuh Motosikal Ketika Banjir

2Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan lebat yang masih turun menyebabkan banyak kawasan dinaiki air dan banjir mulai berlaku. Ramai yang cuba menyelamatkan diri dari terperangkap akibat banjir yang melanda ini.


Dalam satu video yang dikongsi di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, ada berlakunya kemalangan akibat banjir. Seorang penunggang motosikal telah terjatuh ketika meredah banjir. Walau bagaimanapun, mangsa cepat diselamatkan oleh perakam video.

Arus laju kenderaan ringan seperti motosikal jangan buat hal dah ada yang tergelincir dah ni. Mangsa selamat. Signboard pun hanyut. *Video hanya setakat saat ke-25 sahaja. Selebihnya operasi menyelamat mangsa bermotosikal.

Arus laju kenderaan ringan seperti motosikal jangan buat hal dah ada yang tergelincir dah ni. Mangsa selamat. Signboard pun hanyut.*Video hanya setakat saat ke-25 sahaja.*Selebihnya operasi menyelamat mangsa bermotosikal.Lokasi : Mawai ke Tugu udang, Kota Tinggi,Johor

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, January 2, 2021

 

Bagus brader ni

Tindakan pantas oleh perakam video menyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika meredah banjir telah mendapat pujian netizen. Setakat ini, masih tiada update tentang keadaan mangsa. Kita harap mangsa selamat dari kejadian itu.

Screenshot 2021 01 03 At 1.25.57 PmSikap yang baik ketika sesuatu kemalangan berlaku. Apa yang perakam ini buat elok kita ikut, tapi jangan sampai nyawa kita pula yang tergadai.

Screenshot 2021 01 03 At 1.26.05 PmKita doakan mangsa dan perakam yang sanggup bergadai nyawa selamat dari kejadian ini. Hati-hati ye semua time banjir ni.

Screenshot 2021 01 03 At 1.26.36 PmTakpe tak nampak ending, usaha perakam video tu yang baik. Bukan terjerit je, terus tolong selamatkan mangsa. 

Screenshot 2021 01 03 At 1.26.51 PmPeringatan untuk semua, hati-hati ketika musim banjir. Jangan redah sebab kita tak tahu dalam mana banjir tu. Kalau-kalau nampak orang lain dalam kesusahan, kita tolong semampunya.

 

Baca: “Tolonglah pantau anak2 musim banjir ni”- Viral Aksi Remaja Terjun Dalam Sungai Deras Pada Musim Banjir, Buat Netizen Seriau

Screenshot 2021 01 03 At 1.27.28 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.