in

Guru Lelaki 53 Tahun Tenung Pelajar Lelaki Ketika Kencing dan Paksa Lakukan Seks Oral di Tandas OKU

Bg6

Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana dan pada sesiapa saja tidak kira jantina.

Baru-baru ini seorang guru muzik telah dikenakan hukuman penjara atas perbuatannya ketika berjumpa dengan seorang pelajar baru dikenalinya di Stesen MRT.

Menurut Straits Times, Chan Hock, 53, terserempak dengan seorang lelaki berusia 13 tahun ketika sedang menggunakan tandas awam di Stesen MRT Redhill, Singapura kira-kira jam 9 malam, 27 Ogos lalu.

2 30
gambar hiasan

Ketika itu, pelajar tersebut dikatakan sedang membuang air kecil membuatkan Chan tertarik lalu mendekati pelajar itu dan beralih ke jamban bersebelahan dengannya sambil merenung mukanya. Creepy weh!

Selesai membuang air, Chan terus mengekori pelajar tersebut dan menegurnya kerana mahu ‘berkenalan’. Pelajar tersebut dikatakan hanya memberitahu nama dan umurnya berserta alamat palsu.

Dia kemudian terus mengekori pelajar berkenaan berjalan ke Tiong Bahru Park selama 20 minit sebelum tiba-tiba mengajaknya ke tandas awam di situ.

3 17
gambar hiasan

Semasa di dalam tandas itu, dia telah melakukan seks oral terhadap pelajar tersebut sebelum membuka tali pinggangnya namun pelajar tersebut menolak dan meminta untuk beredar dari kawasan tersebut.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 1.50 pagi keesokan harinya. Pihak polis berjaya menahan Chan di kediamannya di Strathmore Avenue selepas identitinya terbongkar dengan bantuan rakaman CCTV.

4 30 E1500956592312
gambar hiasan

Hasil siasatan polis menunjukkan DNA Chan telah dijumpai di baju, telinga, gigi dan juga dada pelajar tersebut. Selepas polis menjalankan siasatan di rumahnya, Chen didapati menyimpan sebanyak 2,835 koleksi filem lucah.

Kini, dia telah dijatuhkan hukuman selama 20 tahun penjara namun tidak boleh dirotan oleh kerana umurnya melebihi 50 tahun.

Kesian budak tu, nak guna tandas awam pun tak tenang!

Baca : Guru Lakukan Kelucahan Melampau Pada Murid Lelaki Dalam Tandas Guru di Kuala Lumpur

1 40 E1500955577122