in

Guna Plat ‘Langek’, Sekumpulan Remaja Ditahan JPJ Melaka Atas Pelbagai Kesalahan Trafik

Ft Jpj Melaka Plat Langek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan remaja bermotosikal yang telah melakukan pelbagai kesalahan jalan raya baru-baru ini telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka (JPJ Melaka).


Menurut laman Facebook rasmi JPJ Melaka, ketiga-tiga remaja terbabit ditahan di sekitar kawasan Rehat & Rawat Jejantas Ayer Keroh Melaka menghala ke Selatan semasa rondaan di lakukan oleh anggota JPJ di kawasan tersebut.

Artikel berkaitan : “JPJ tak kacau kalau motor ‘standard’”- Kecoh Isu JPJ Sita Motor Peserta Himpunan RX-Z Member

Artikel berkaitan : Tiada Tindakan Dikenakan Kepada Pengguna Tak Pamer Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital – PDRM

Menurut hantaran JPJ Melaka, mereka pada awalnya ditahan apabila mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang mengelirukan serta tidak mengikut spesifikasi dengan bertulis “LANGEK 43100”.

403630285 736414765193814 4532884880037559603 N

Kumpulan remaja itu juga dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik lain seperti tidak mempunyai lesen memandu, pengubahsuaian swingarm, tiada brek belakang dan juga lain-lain kesalahan teknikal.

Dalam masa yang sama, pihak JPJ mengingatkan masyarakat terutama mereka yang mempunyai anak remaja supaya tidak membenarkan anak mereka untuk menunggang motosikal tanpa lesen.

Dalam masa yang sama, motosikal mereka juga perlu dipastikan tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian agar keselamatan pengguna jalan raya yang lain boleh dipelihara selain ketenteraman masyarakat tidak terganggu.

JPJ Melaka juga mengingatkan pengguna jalan raya bahawa mempamerkan (atau memasang) nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi, kotor, kabur atau fancy adalah salah.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan kompaun atau saman maksimum sehingga RM250 di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (KKKM) 1959.

Sumber : Facebook 

Sumber: JPJ Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.