in

Guna ‘Phone Holder’ Susukan Bayi, Doktor Jelaskan Kenapa Cara Ini Tidak Selamat

Bayi Boleh Tersedak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjaga bayi ini bukanlah tugas yang senang untuk dilakukan, sampaikan ada ibu bapa yang sanggup menghasilkan pelbagai idea untuk menyenangkan urusan menjaga si kecil.


Macam baru-baru ini, telah tular sebuah gambar bayi kembar yang sedang menyusu mengunakan botol. Namun, botol susu tersebut telah sangkutkan kepada sebuah phone holder.

Mungkin ibu bapa berkenaan merasakan cara itu praktikal dan lebih senang kerana membolehkan mereka untuk melakukan kerja lain semasa bayi sedang menyusu.

1796505

Tapi, tahukah anda bahawa cara ini boleh menyebabkan bayi itu tersedak susu dan mungkin boleh mendatangkan maut.

Selepas isu ini menjadi bualan hangat, Pengarah Perubatan Klinik Iris, Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, jika kaedah ini digunakan dan kedua-dua belah tangan si bayi dibedung dan tidak bebas boleh menyebabkan mereka tersedak susu.

“Bayi diciptakan dengan otak dan akal yang membolehkan mereka menepis atau mengalihkan kepala dengan menggerakkan leher untuk berhenti menghisap botol susu atau minum air susu si ibu,” katanya.

1796506

Dr Arisman juga meluahkan rasa risau jika bayi itu tertidur sebelum air susu dalam botol itu habis, kerana ini akan menambah risiko tersedak dan susu berkenaan boleh masuk ke dalam paru-paru mereka, lapor mStar.

Selain itu, sumbatan juga boleh berlaku dan mengakibatkan bayi mengalami sesak nafas serta pengsan dalam beberapa saat atau minit.

Demi mengelakkan kejadian tersedak susu berlaku, Dr Arisman telah berkongsi beberapa tips yang boleh diambil perhatian oleh ibu bapa dan penjaga taska di luar sana:

  • Jangan tinggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.
  • Jangan guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu semasa menyusu.
  • Elakkan bayi daripada tertidur semasa menyusu.
  • Elakkan memberi susu kepada bayi dalam keadaan mereka baring terlentang.
  • Elakkan daripada membaringkan bayi dalam tempoh 30 minit atau lebih.
  • Pastikan kepala bayi dalam posisi mengiring semasa tidur selepas menyusu.

Haa tu doktor dah kongsikan tips untuk menyusukan bayi ni, seeloknya kita ikut cara yang disarankan takut kalau tak ikut boleh membahayakan si kecil tu..

Baca : [VIDEO] “Baby” Tersedak? Founder ‘Share’ Tips Penting Buat Parents

Fi Baby 758X399 1

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.