in

Guna Kaedah Pengeboman Air, Hampir 60 Daripada 300 Hektar Kebakaran Di Ladang Kelapa Sawit Di Rompin Berjaya Dipadamkan

Kebakaran Ladang Kelapa Sawit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuaca panas di beberapa negeri di Malaysia dilihat semakin membimbangkan. Orang ramai diingatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar bangunan untuk mengurangkan risiko strok haba dan dehidrasi. Bukan itu sahaja, cuaca ekstrem ini juga boleh meningkatkan risiko berlakunya kebakaran hutan.

Kawasan seluas 300 hektar di sebuah ladang kelapa sawit di Rompin, Pahang telah terbakar dan setakat ini, pihak bomba telah berjaya memadamkan hampir 60 hektar daripada 300 hektar kebakaran hutan tersebut, lapor Berita RTM.


Difahamkan, untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak dan mempercepatkan proses pemadaman api, pihak bomba telah menggunakan kaedah pengeboman air sebanyak 85 kali di kawasan ladang tersebut.

Ia melibatkan penggunaan air sebanyak 68,000 liter air.

10 2

Artikel Berkaitan: Johor Mohon Surau Dan Masjid Di Negeri Itu Tunai Solat Sunat Istisqa’, Mohon Hujan Redakan Kebakaran

Artikel berkaitan: Hutan Seluas 1.2 Hektar Di Kajang Prima Terbakar

Pihak bomba juga membahagikan kawasan operasi pemadaman kepada empat bahagian dan semalam, mereka fokus untuk memadamkan api di sektor C dan A.

11 1

Unit Udara telah bertanggungjawab melaksanakan pengeboman air. Sektor B dan D pula telah berjaya dikawal dan pihak bomba menjangkakan dalam masa seminggu lagi, kebakaran ladang kelapa sawit ini akan berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Sumber: Berita RTM

Sumber: Berita RTM
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.