in

“Guna duit sendiri pun kena ganti ke?” – Ini Penjelasan KWSP Mengenai ‘Bayaran Balik’ Pengeluaran Akaun 1

Isinar6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gempar malam tadi pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan pengeluaran akaun 1 secara one-off!


Bagi ahli yang mempunyai simpanan bawah RM90,000 boleh mengeluarkan RM4,000 maksimum sebagai bayaran pendahuluan manakala bagi ahli yang mempunyai simpanan atas RM90,000 pula boleh mengeluarkan maksimum sebanyak RM10,000 bagi bayaran pendahuluan.

Bagaimanapun ramai keliru dengan kenyataan media mereka yang tertulis,

“Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi akaun 1 dan 30% bagi akaun 2.”

Isinar4

 

Tular di sosial media mengatakan ahli perlu ‘membayar semula’ wang pengeluaran secara tunai. Khabar angin ini terus dinafikan oleh pihak KWSP hari ini.

Mereka menjelaskan, istilah pembayaran semula boleh mengelirukan masyarakat, istilah yang lebih tepat ialah penggantian semula.

Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar.”Kosmo

 

Ini adalah perkara penting yang perlu warganet faham mengenai i-Sinar

  • Bukan dibayar tunai tapi secara caruman
  • Caruman baharu di masa hadapan 100% akan dimasukkan ke dalam akaun 1 sehingga jumlah pendahuluan telah diganti sepenuhnya (kadar biasa caruman ialah 70% masuk di akaun 1 manakala 30% dimasukkan dalam akaun 2)
  • Penggantian selesai baru akan kembali ke kadar caruman seperti biasa iaitu 70% akaun 1, 30% akaun 2

Semoga yang terbaik untuk rakyat!

 

Baca : Boleh Keluarkan Dari RM 9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1, Pencarum Boleh Mohon i-Sinar Mulai Disember

Kwsp 1

Sumber: bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.