Baru saja digemparkan dengan letupan di Beirut bulan lepas, kali ni Jordan pulak hadapi benda yang sama.
Tak kan tempat simpan Ammonia Nitrat lagi?
Bagaimanapun menurut Berita Harian, kenyataan daripada Menteri Hal Ehwal Media, Amjad Adaileh, letupan ini berpunca daripada litar pintas namun ia tidak mencatatkan sebarang kemalangan nyawa.
Kejadian dilaporkan berlaku pinggir bandar Zarqa, Jordan, pagi tadi.
Watch: Video shows the large explosion rocking the outskirts of #Zarqa city, northeast of #Jordan’s capital.https://t.co/lrXn6fA5xn pic.twitter.com/yzuIdg1P0j
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) September 10, 2020
Kata Adaileh lagi, gudang yang terletak di timur bandar itu menempatkan bom mortar terbiar milik pasukan tentera.
Letupan yang berlaku pagi tadi dapat didengari sejauh 30 kilometer walapun kedudukannya yang jauh daripada kawasan awam. – Arab News