in

Guardiola Seru Penyokong Man Utd Keluar Gua Dan Pakai Baju Biru Untuk Sokong City

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris yang bakal berlangsung pada malam ini akan menyaksikan pasukan manakah yang akan bergelar juara.


Satu mata yang membezakan di antara Manchester City dan Liverpool akan ditentukan pada malam ini apabila City hanya perlu menang ke atas Aston Villa untuk merangkul kejuaraan.

Bagaimanapun, situasi ini ternyata akan memeningkan peminat Manchester United kerana kedua-dua calon juara ini adalah musuh ketat mereka.

Manchester City Manager Pep Guardiola Consoles Phil Foden

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berseloroh dengan meminta penyokong Manchester United agar memakai baju biru dan menyokong pasukannya.

“Jadi United lebih sukakan City daripada Liverpool? kata Guardiola.

“Oh Tuhan, saya tidak tahu! Betulkah? Jadi saya silap bila saya kata semua orang mahu Liverpool menang di negara ini.

“Selamat datang, jika (anda) mahu menyertai (kami) di jalan…tapi mereka perlu memakai baju biru.”, kata Guardiola.

Buat peminat Manchester United, ayuhlah kita keluar dari gua dan menyokong Manchester City seperti yang diminta oleh Guardiola.

Kredit: Haria Metro

BACA: Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Jadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dengan 806 Gol

Capture 11

Sumber: Football365

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.