Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di platform X (Twitter) memaparkan sebuah bank telah dirompak oleh lelaki bersenjata tajam.
Pada awal video, dua wanita sedang menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) manakala pengawal bank itu sedang berada di sudut ruang bank tersebut.
Harapkan guard, guard tak tau lari pi mana entah tu 😭 risau tengok. Pergi ATM nak keluar duit pun tak selamat dah. pic.twitter.com/VrQ7m649Ei
— ALAN (@IniAlalalannn) September 8, 2023
Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbaju hitam dan berhelmet telah masuk ke dalam bank itu. Lelaki berhelmet itu berdiri di antara dua wanita itu sebelum mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukan kepada salah seorang wanita.
Artikel berkaitan: Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport
Artikel berkaitan: Perompak Didakwa Rosakkan Mesin ATM, Curi RM47K Dari Warga Emas
Dengan tangan kanannya yang masih memegang senjata, pergelutan kecil telah berlaku sebelum dia berjaya merampas wang tunai yang berada di tangan wanita berbaju putih.
Dalam masa yang sama, pengawal bank itu telah membuka pintu menyuruh lelaki itu keluar. Namun disebabkan lelaki itu membawa pisau, pengawal itu terus lari keluar dari bank tersebut.
Mangsa dan seorang lagi wanita nampak panik dan trauma selepas kejadian itu berlaku. Namun begitu, setakat ini belum ada laporan rasmi mengenai kejadian ini.
Sumber: X