in

GST Bakal Dilaksana Semula Selepas Ekonomi Pulih, Betul Ke?

Gst6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

GST bukanlah perkara baru di Malaysia. Ia mula diperkenal dan dilaksana semasa di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri yang ke-6.


GST : Cukai Barang dan Perkhidmatan / Goods & Services Tax

Bagaimanapun cukai ini telah digantikan semula kepada sistem cukai SST (digunakan sebelum GST) semasa zaman pemerintahan PM ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SST : Sales Tax & Services Tax

Gst2

Kini SST masih lagi digunakan selepas pertukaran jawatan bagi PM ke-8.

 

Betul GST bakal diperkenal semula?

Lapor Awani, Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengatakan bahawa GST akan diperkenal semula selepas ekonomi sudah semakin pulih nanti.

Kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.

Namun buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi…saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.

Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan)”

Jelasnya, kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk ‘Belanjawan 2021: Belanjawan Survival COVID-19’ yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV, malam ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga berkata, selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan sektor berimpak tinggi.

Menurutnya, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan di dalam ekonomi bayangan yang kini sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Warganet yang pakar, apa pendapat korang?

Baca : Belanjawan 2021: Kadar Cukai Pendapatan Diturunkan 1%

Gst

Sumber: mypf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.