Kita kini sedang berada dalam fasa peralihan endemik, bagaimanapun masih terdapat beberapa peraturan dan SOP yang masih dikekalkan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan waktu operasi sesetengah premis.
Bagi kedai kosmetik atau farmasi yang menjual barangan solek, sejak mulanya pandemik ini kesemua tempat itu tidak menyediakan tester atau produk yang boleh dicuba.
Nasib baik, seorang gadis memuat naik sebuah teknik yang boleh digunakan oleh para gadis di luar sana. Dia berkongsi cara untuk memilih foundation atau bedak asas yang sesuai dengan tona kulit tanpa menggunakan tester.
@sabrinanuar #fypシ #fyp #beautyhacks #makeuphacks #makeuptutorial #simplemakeup #tipskecantikan #racuntiktok #racunmakeup
Dalam video itu, @sabrinanuar berkongsi teknik mencari foundation yang sesuai hanya dengan menggunakan Instagram.
Caranya adalah dengan memuat naik selfie anda di IG Story, gunakan swatch foundation sebagai petunjuk dan gunakan draw tool untuk cari warna yang sesuai dengan kulit.
“Kenapa tak terfikir teknik ni?”
Video itu setakat ini telah mendapat hampir 300K tontonan dan lebih 30K likes, pastinya video tersebut menarik perhatian netizen terutama sekali para gadis.
Wah, boleh lah cantik di hari raya ni!
Baca: “Huntungla!” – [VIDEO] Netizen ‘Cemburu’ Wanita Disolek Suami Sendiri Untuk Majlis Kahwin