in

Golongan Kaya Pilih Hantar Anak Ke MRSM Sebab Nak Anak Belajar Erti Susah

Mrsm Hidup Susah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dulu lagi, isu mengenai sistem kuota pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sering dibahaskan dan ia masih menjadi perdebatan sehingga hari ini.

Menerusi satu wawancara Sinar baru-baru ini, Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof mendedahkan ibu bapa golongan kaya (T20) memilih menghantar anak ke MRSM untuk mengajar tentang kesukaran hidup.


Menurutnya, alasan golongan berpendapatan tinggi ini menghantar anak ke sana kerana melihat institusi tersebut sesuai bagi anak mereka bergaul dengan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang.

Artikel berkaitan: “Banyak duit, pergi sekolah swasta lah” – Ramai Tak Setuju Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar

Artikel berkaitan: Asyraf Wajdi Tegur Ibu Bapa Sanggup Mengaku B40 Untuk Anak Masuk MRSM

Mrsm 1

“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan. Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah,” katanya.

Dalam wawancara itu, Fadzil turut mencadangkan agar golongan T20 membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Untuk info, polisi Mara menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah dari golongan B40 dan selebihnya mereka yang lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM dalam kalangan berpendapatan sederhana (M40) dan tinggi (T20).

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.