Dah 2019 pun, still ada orang lagi yang terjebak dengan ajaran sesat ala-ala ‘kerajaan langit’ ni eh?
Baru-baru ni, penduduk di Depok, Jakarta telah dikejutkan dengan lelaki yang mengaku dirinya adalah Imam Mahdi.
Menurut Tribun, ajaran sesat ini terbongkar selepas posting jemputan ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ini tular di media sosial.

Menerusi alamat yang diletakkan di dalam posting tersebut, wartawan cuba menjejaki lokasi tempat ajaran sesat ini dibuat.
Apabila media tempatan tiba, penduduk setempat memberitahu yang pihak berkuasa sudah pun datang dan menahan lelaki tersebut.
Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, lelaki ni dan pengikutnya buat satu tempat ritual berbentuk kaabah sebagai tempat dia sebarkan ajarannya yang diberi nama Tri Sula Weda.

Salah seorang pengikutnya, Mahfuzy berkata ‘gurunya’ ini bekerja sebagai pengawal keselamatan setiap hari.
Tambahnya lagi, dia telah menjadi pengikut ‘Imam Mahdi’ ini sejak tahun 2014 dan kini pengikutnya dah mencecah 80 orang.
Selepas bertukar pendapat dengan ketua agamawan tempatan, Dimyati Badruzzaman, lelaki ini akhirnya mengaku kesalahannya.
Dimyati berkata, dia telah membawa tiga buku yang berkait dengan Imam Mahdi dan lelaki tersebut bersetuju yang menurut Qur’an dan Hadis Rasulullah, yang dia bukan Imam Mahdi.
Maaf, Pak Winardi, namanya aja beda dengan Imam Mahdi menurut buku. Jadi kami setuju jika ada orang yang tak ikut ajaran dan hadith maka ia salah dan tak betul. Ini adalah ajaran sesat.”
Ketua Tri Sula Weda, Winardi yang mengaku dirinya Imam Mahadi ini telah pun bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan Dimyati dan beberapa saksi lain.
https://www.instagram.com/p/ByD7aetlr5y/
Winardi juga berjanji akan menutup kegiatannya dan membatalkan acara rumah terbuka yang dimuatnaik di Instagram itu.
Dia juga akan menukar cat ‘tempat ibadah’ yang menyerupai kaabah itu kepada bangunan biasa dan pengikut-pengikutnya disuruh untuk beredar meninggalkannya.
Haih macam-macam. Harap-harap betullah si Winardi ni dah bertaubat dan lupakan ajaran dia. Jangan naik ke langit sudahhh
Baca: Ajaran Sesat Sasar Pelajar UniSZA, Pengaruh Makan Daging dan Darah Untuk Jamin Masuk Syurga