Kalau dua tiga hari lalu kita rancak mendengar berita mengenai artis antarabangsa seperti George Clooney dan Ellen Degeneres yang menyatakan sokongan mereka dalam memboikot hotel milik Brunei kerana isu hukuman rejam terhadap golongan LGBT.
Tapi hari ini muncul pula tweet daripada penyanyi Dua Lipa yang juga menyatakan sokongannya terhadap hak bagi golongan gay. Menurutnya, ia merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusian bagi mereka yang ingin menghukum golongan LGBT ini.
https://twitter.com/DUALIPA/status/1113757772225622017
“Shame on you DUA LIPA.” – Da’i Wan Dazrin
Susulan tweet daripada artis antarabangsa itu, Da’i Wan Dazrin membuat kenyataan balas di Twitter terhadap Dua Lipa dan mengeji pendiriannya yang menyokong LGBT dan ikut sama memboikot Brunei seperti artis yang lain.
Shame on you @DUALIPA .
You were fighting for something that’s not right. You against the normal nature of human being. You were supporting things that might affect / destroy our lineage.
Human rights is just the used of people who dont want to learn and control they own lust. https://t.co/5uWPJHpu6C
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) April 8, 2019
Disebabkan tweet berani Wan Dazrin itu, tak pasal-pasal pulak dia kena maki hamun dengan netizen antarabangsa. Siap ada yang maki guna perkataan F lagi. Adoi!

“Kami bersama anda Wan Dazrin #standwithbrunei”
Pun begitu, nasib baiklah tak semua di kalangan netizen yang mengeji komen Wan Dazrin ini dalam menegur Dua Lipa dan tidak bersetuju dengan pemboikotan terhadap Brunei. Syukurlah masih ramai yang tak ambil pusing dengan isu boikot ni.

So apa kata anda? Masih fans dengan Dua Lipa lagi tak?