in

Gigih Bantu Penduduk, Lelaki Ini Sediakan Bot Percuma Ke Sekolah Sebab Ramai Tiada Duit Untuk Beli Minyak Enjin

Cats 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua orang berkemampuan seperti kita yang boleh ke sana ke sini naik kereta dan motosikal, ada yang hanya berharapkan bot untuk bergerak.


Usaha seorang pemuda untuk menyediakan perkhidmatan bot percuma di Pulau Simangun, Sandakan, Sabah telah menyenangkan hati ramai penduduk di sana.

Photo6321010761341709244

Lelaki ini yang dikenali sebagai Muhammad Khadir Abd Jalil yang berusia 25 tahun dan merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Marhaen telah bercadang untuk membantu penduduk di sana yang ketiadaan wang untuk membeli minyak enjin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Ada yang kurang berkemampuan tidak bersekolah disebabkan tiada duit untuk membeli minyak enjin.”

Menurutnya, sekitar 20 orang pelajar sekolah rendah yang bersekolah dan tiada pengangkutan khas untuk mereka ke sekolah kecuali dengan hanya menaiki bot sahaja.

Menerusi perkongsian di Facebook milik lelaki ini pada 12 April lalu, dia telah bercadang untuk berbincang dengan penduduk pulau tersebut untuk mewujudkan perkhidmatan itu dengan menyediakan enjin dan minyak secara bulanan serta bekerjasama untuk membina sebuah bot.

Photo6321010761341709241

“Kami akan sama-sama bekerjasama untuk merealisasikan usaha ini bukan sahaja untuk hantar anak-anak ke sekolah, malah boleh juga ke hospital.”

Pemuda ini berharap agar anak-anak penduduk pulau itu boleh ke sekolah dengan selamat selepas ini tanpa perlu risaukan tentang hal pengangkutan dan cuma perlu fokus untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Bagus, betul anak muda ni. Kita doakan semoga usaha dia nak tolong penduduk dekat pulau tu dipermudahkan. Amin….

 

Sumber: Padaedi Sandakan 

Baca: “Macam mana boleh jatuh tu?”- [VIDEO] Kelakar! Cucu Gigih Cari Gigi Palsu Nenek Terjatuh Dalam Kolam Ikan

Capture 43

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.