in

Gempa Bumi 7.0 Skala Ritcher di Turkey, 26 Terkorban Setakat Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


Setakat ini, 26 telah terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.0 skala ritcher yang mengegarkan Laut Aegean di Turki dan perairan Greece semalam.

Pihak Berkuasa Tempatan telah melaporkan 24 orang telah terkorban di perairan barat Turki, manakala dua remaja turut terkorban di Pulau Samos di Greece akibat gempa bumi berkenaan.

Sumber: CNN

Gempa itu, yang dirasakan dari Istanbul ke Athens, Greece melanda dekat kota peranginan Turki, Izmir, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.

Sumber: CNN

Menurut laporan CNN, sekurang-kurangnya 20 bangunan di Bandar Izmir, Turki telah musnah. Gempa bumi ini telah mengakibatkan 804 orang cedera dan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dikerahkan bagi mencari mangsa.

Sumber: CNN
Sumber: CNN
Kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan menggunakan helikopter sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Baca: Letupan Di Beirut Sebabkan Gempa Bumi Bermagnitud 3.5 Skala Richter Gegaran Dapat Dirasa Sejauh 200km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.