Nama Joy Revfa sekali menjadi sebutan netizen, tapi kali ini bukan mengenai kisah rumah tangganya tapi dikaitkan dengan pula dengan isu pendakwah selebriti yang hangat diperkatakan kini, Da’i Syed.
Gara-gara pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pendakwah itu, nama usahawan kosmetik ini meniti di bibir netizen apabila bercakap mengenai isu rogol yang membabitkan Da’i Syed.
Akui dihujani dengan pelbagai pertanyaan netizen di ruangan direct message (DM), Joy Revfa akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan.
Sejak isu itu tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya di ruangan komen berita berkaitan Da’i Syed
“Memang nampak nakal…”
Menurut bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun itu, Da’i Syed sememangnya kelihatan nakal dan gemar mengusik, namun menurutnya sepanjang perkenalan mereka kelakukan pendakwah itu tidaklah sampai menganiaya wanita.
Sebenarnya Da’i Syed ni memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan.
Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin turut menyifatkan Da’i Syed sebagai seorang yang baik hati dan gemar berkongsi ilmu pengetahuan lapor mstar.
Dia kawan yang baik hati dah selalu share ilmu..Kalau tuduhan itu benar mohon mangsa-mangsa yang terkena itu tampil lah supaya kedua-dua belah pihak tidak teraniaya..
Tambah Joy lagi sekiranya perkara yang tersebar adalah benar, sebaik-baiknya mangsa yang didakwa perlu tampil bagi menyelesaikan isu ini.
Perkongsian itu dibuat oleh Joy di story Instagram miliknya selepas ramai pihak mengaitkannya dengan kontroversi oleh pendakwah muda itu.
Buat masa ini ada baiknya kita biarkan isu ini disiasat oleh pihak berkuasa…