in

“Gatal tangan dok baling batu” – Selalu Tengok Cermin KTM Rosak, Konduktor Kongsi Sebab Sebenar…

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang selalu naik komuter KTM, mesti pernah perasan tingkap retak kan? Even, masa dah tukar kereta api baru pun mesti ada je nampak cermin rosak ni. Kadang-kadang tertanya juga macam mana boleh jadi?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang juga merupakan konduktor KTM telah memuat naik satu video menjawab soalan netizen tentang masalah ini.


Menurut lelaki yang menggelar dirinya Pak Su ini, cermin tingkap dan pintu KTM sering dilihat retak adalah disebabkan tindakan segelintir individu terutamanya kanak-kanak yang tak bertanggungjawab membaling batu.

Lelaki ini meminta agar ibu bapa nasihatkan anak-anak untuk tidak membaling batu ke arah tren. Menurutnya, setiap hari ada je individu yang tak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

Nasihatkan anak-anak hampa supaya jangan baling batu ke tren Pak Su. Setiap hari ada je orang baling batu. Kalau rasa tak ada kerja hang pi cari kerja. Jangan dok baling lagu ni. Jangan gatal tangan. Sayang harta kita ni.”

@redzuanmanaf87

Reply to @maggiayam8 paksu rasa nak marah tapi kena sabar hampa. Sebab banyak sangat orang yang gatal tangan duk maii baling batu kat tren paksu ni haa. Tak puas hati dengan paksu kita semuka. Jangan sakitkan tren paksu ni ya. Dia sakit paksu pun terluka. Paksu merayu hampa na. Ini harta kita. Kita jagalah sama-sama. 👮🏻‍♂️👍❤️ #fypシ #fypage #foryou #foryourpage #fypシ゚viral

♬ original sound – RedzuanManaf87 – RedzuanManaf87

Manakala menerusi kapsyen video ini juga, lelaki ini turut meminta orang ramai untuk saling bekerjasama menjaga tren ini. Yelah, ini pun salah satu kemudahan yang penting jugak dalam negara ni.

Paksu rasa nak marah tapi kena sabar hampa. Sebab banyak sangat orang yang gatal tangan duk maii baling batu kat tren paksu ni haa. Tak puas hati dengan paksu kita semuka.

Jangan sakitkan tren paksu ni ya. Dia sakit paksu pun terluka. Paksu merayu hampa na. Ini harta kita. Kita jagalah sama-sama.”

Memang tak baik buat macam ni. Susah min nak tengok dah sampai destinasi ke belum kalau tak dengar pengumuman sebab pakai earphones.

 

Baca: “Tak jadi nak marah” – Mohon Maaf Isu Pelajar Terlepas Tren, Admin KTMB Dipuji Rajin Balas Komen FB

Page Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.