Perkahwinan melalui pilihan keluarga bukanlah perkara baru, sudahpun dilakukan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mestilah, yang dipilih keluarga biasanya yang terbaik di mata mereka.
Namun, aturan ini bukanlah semudah dahulu. Dengan teknologi semua di hujung jari, semua orang boleh memilih dan memiliki pasangan mengikut citarasa sendiri.
Jadi buat ibu dan bapa, bincanglah elok-elok dengan anak. Jangan dipaksa kalau tak nak jadi macam kejadian di India ni.
Dah ada kekasih, keluarga pula suruh kahwin orang lain
Seorang gadis nekad panjat billboard di jalan raya kerana ibunya suruh kahwin dengan calon pilihan mereka.
Difahamkan gadis ini adalah gadis bawah umur. Untuk pengetahuan korang, ia bukan perkara pelik di India dan masih ramai yang mengatur perkahwinan anak mereka. Masyarakat tempatan dulu pun banyak guna kaedah ni tapi sekarang dah kurang didengari.
Menurut Harian Metro, kejadian ini berlaku di bandar, Pardesipura, Indore.
Dikatakan, gadis tersebut berkeras tak mahu turun ketika dipujuk oleh polis sehingga mereka terpaksa menghubungi teman lelakinya.
Dan seperti yang dijangka, akhirnya dia turun setelah dipujuk oleh lelaki kesayangan.
Terang seorang polis,
“Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya.”
Apa pun, dia dah turun dan selamat. Korang rasa, perkahwinan diaturkan ni masih relevan ke zaman sekarang?
Baca : Akibat Kesempitan Hidup, Wanita Kahwini 3 Lelaki Dalam Masa 3 Bulan