in

Akibat Kesempitan Hidup, Wanita Kahwini 3 Lelaki Dalam Masa 3 Bulan

Capture 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 rata-ratanya memberi impak kepada seluruh penduduk dunia terutamanya dari segi ekonomi. Bagi menggelakkan tersebarnya jangkitan ini, pelbagai sektor dilarang untuk beroperasi menyebabkan ramai mengambil langkah yang drastik bagi meneruskan kehidupan.


Kejadian yang berlaku di  Aurangabad, Maharashtra ini menyebabkan seorang suri rumah terpaksa ‘memadukan’  tiga orang lelaki kerana desakan kewangan yang dialaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Vijaya Amrute, 27 berkahwin dengan Yogesh Shirsath selama dua minggu sebelum mengambil keputusan untuk melarikan harta benda milik lelaki tersebut.

Bekas suaminya yang tidak berpuas hati dengan tindakan ‘isterinya’ melaporkan perkara itu kepada pihak polis sebelum  berjaya membongkar status wanita itu yang sebagai isteri orang.

 

Capture 3 3

 

Laporan itu menyebabkan wanita itu akhirnya ditangkap Sabtu lalu, lapor Harian Metro.

“Siasatan awal dijalankan mendapati Amrute sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

“Namun, Amrute mengalami masalah kewangan selepas dia dan suaminya hilang pekerjaan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19.

“Disebabkan terdesak, wanita itu bertindak mengahwini tiga lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya,”

Penahanan wanita itu telah membongkar rahsianya yang telah berkahwin dengan lelaki lain atas alasan yang sama.

Selain Shirsath, Amrute turut mengahwini seorang lelaki yang dikenali sebagai Sandeep Darade yang tinggal Raogad Karjat sebelum menjalankan modus operandi yang sama.

Betul lah, dalam keadaan terdesak macam-macam benda boleh terjadi, tapi kena ingat, niat tak menghalalkan cara…

Baca : PUBG Mobile Ucap Selamat Tinggal Kepada India, Perkhidmatan & Servis Kini Ditamatkan

Capture 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.