in

Gara-Gara Student Keliru Pahlawan Dengan Penyanyi, Terpaksa Lah Cikgu Menari Nak Buat Pelajar Faham

Ft Gelek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa ingat dulu masa belajar subjek Sejarah, ada pahlawan yang bernama Mat Kilau. Mesti masa kecil-kecil ramai yang mudah terkeliru dengan penyanyi gelek Datuk M. Daud Kilau. Ye la nama hampir sama, tapi kedua mereka ternyata berbeza.

Jadi sebagai pendidik, nak wujudkan kefahaman buat pelajar ni bukanlah sesuatu yang mudah menyebabkan mereka perlu berfikir di luar kotak untuk memastikan ilmu yang kongsi dapat difahami.


Macam seorang guru ni, sampai menarilah juga dalam kelas sebab nak bagi murid lebih jelas tentang perbezaan itu.

Nor Azizah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Gja ni mendapat perhatian ramai apabila video miliknya tular di sosial media.

Menerusi video tu, Cikgu Gja sedang menerangkan perbezaan mengenai pahlawan Pahang itu serta Raja Gelek negara. Bagi memudahkan lagi pemahaman anak-anak kecil itu, cikgu tersebut turut menyanyi dan menari semata-mata nak tunjukkan perbezaan itu.

 

https://www.instagram.com/p/CHAltyIBPKR/

Gigih betul cikgu ni, kalau tak faham juga tak tahu la!

Kaedah itu digunakan oleh guru berusia 34 tahun  ketika dia sedang mengajar topik pahlawan bersejarah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan idea itu muncul secara spontan lapor mstar.

Topik tu adalah satu tajuk dalam buku teks Bahasa Melayu tahun empat. Tapi ada pula yang keliru tentang pahlawan Mat Kilau dengan penyanyi terkenal M. Daud Kilau. Mereka ingat adik-beradik. Jadi masa tu lah saya nyanyi lagu ‘ Cek Mek Molek’ untuk bagi mereka faham.

Kalau murid cepat tangkap, apa salahnyakan.

Menurut guru Bahasa Melayu yang sudah berkhidmat selama 11 tahun di sekolah itu mengatakan pendekatan yang diambil adalah dengan bertujuan untuk memudahkan pelajarnya untuk lebih fokus ketika berada di dalam kelas.

Cara itu sebenarnya nak bagi mereka senang faham dan murid-murid pun tak akan cepat rasa bosan.

Secara tidak langsung, saya boleh kawal kelas. Murid-murid pun akan fokus, Mereka rasa seronok sebab nak tahu apa lagi yang saya nak buat.

Selain video tersebut. Cikgu Gja kerap berkongsikan suasana kelas serta sesi pembelajaraanya di akaun Instagram miliknya.

Min salutelah usaha guru-guru ni untuk mendidik. Min pun tak terdaya rasanya nak layan kerenah kanak-kanak, maklumlah pada usia macam ni kan diorang banyak tanya sikit…

Baca : “Kreatif betul” Usaha Guru Di Pedalaman Ini Guna Plastik Untuk Mengajar Dapat Pujian Netizen

Capture 3 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.