Nampaknya protes dan demonstrasi di negara Indonesia masih belum reda apabila orang ramai dilaporkan telah meredah masuk ke dalam rumah seorang ahli politik atau ahli Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR), Ahmad Sahroni di Jakarta Utara pada Sabtu semalam.
Tindakan itu difahamkan telah dibuat oleh orang ramai yang berang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Sahroni.
Ahli DPR tersebut dikritik hebat oleh rakyat Indonesia selepas menyifatkan individu yang menyeru pembubaran Dewan Perwakilan Rakyat sebagai ‘orang tolol sedunia’.
@officialinews Gelombang seruan pembubaran DPR belakangan ramai beredar di media sosial. Isu ini muncul di tengah derasnya kritik publik terhadap besarnya tunjangan yang diterima para anggota dewan. Wakil Ketua Komisi III DPR, Ahmad Sahroni, pun menanggapi keras. Ia menyebut bahwa orang yang menyerukan pembubaran DPR adalah “orang tolol sedunia”. Sahroni menegaskan DPR tetap memiliki fungsi vital sebagai wakil rakyat. Ia mengaku siap menerima kritik, bahkan hujatan sekalipun. Namun, ia menilai seruan bubarkan DPR tidaklah masuk akal dan berlebihan. Menurutnya, pemerintahan Indonesia belum tentu berjalan baik tanpa keberadaan DPR. Ia juga mengingatkan bahwa meskipun para wakil rakyat tak selalu sempurna, mereka tetap menjalankan kerja-kerja representasi rakyat. #Sahroni #BubarkanDPR #KritikDewan #PolitikIndonesia
Menerusi siaran langsung di TikTok oleh orang awam, orang ramai telah menyerbu masuk ke dalam kediaman Ahmad Sahroni. Difahamkan, ketika itu, wakil rakyat berkenaan tiada di rumah.
@pojokbekasi Rumah Ahmad Sahroni yang berada Di Tanjung Priok di Looting oleh sejumlah Massa. #viral #trending #fyp #pojokbekasi #ahmadsahroni
Artikel berkaitan: Pejabat Dewan Perwakilan Indonesia Di Makassar Dibak*r Dalam Protes, Tiga Maut
Artikel berkaitan: Presiden Indonesia Kunjungi Keluarga Affan Kurniawan, Janji Keadilan dan Siasatan Telus Terhadap Mangsa
Dapat dilihat juga beberapa barangan daripada rumah Ahmad Sahroni telah dibawa keluar oleh orang ramai.
Antara barangan yang sempat diambil oleh orang ramai ialah perabot, patung Iron Man, barangan elektrik seperti televisyen, barang hiasan rumah dan pelbagai lagi.
Ketika siaran langsung yang sama juga, orang ramai yang menonton live tersebut menulis di ruangan komen meminta agar rumah Ahmad Sahroni itu tidak dibakar, dan cukuplah hanya diceroboh sahaja.