in

Gara-gara Nak ‘Mengorat’ Awek 7E Lelaki Beli Kopi Hari-hari Selama Dua Tahun Sampai Dapat Diabetes

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau ada crush dekat someone, mesti korang akan cuba macam-macam cara untuk pastikan crush korang ni perasan dengan kewujudan korang kan?


Sama macam lelaki dari Taiwan ni yang dah jatuh cinta dengan ‘awek’ yang bekerja dekat 7-Eleven berhampiran rumahnya, tapi dia tak tahu macam mana nak approach gadis ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki ini menceritakan ‘kisah cinta’nya di salah sebuah forum popular di Taiwan dengan mengatakan dia terlihat gadis itu bekerja di sana pada dua tahun lepas.

So, untuk buat crush dia ni tahu tentang kewujudan dia, lelaki ni buat plan untuk beli kopi hari-hari dekat situ.

Tapi, untuk make sure yang gadis tersebut betul-betul ingat dia, dia buat order kopi special sikit. Lelaki ni akan sentiasa mintak gadis tersebut untuk tambah lima sudu gula dalam kopinya.

Guy Fell In Love With 7 Eleven Staff So He Orders Coffee From Her Every Day Gets Diabetes Instead World Of Buzz

Macam yang dijangka, awek ni memang terkejut bila dengar permintaan lelaki ini dan bertanya. “Tak manis sangat ke?” Lepastu, boleh pulak lelaki ni balas, “Tak semanis awak.” Urgh! Hahahaha

Selepas mendengar pick-up line lelaki ini, gadis tersebut memberikan senyuman malu sambil lelaki tersebut berlalu pergi dengan bangganya.

Sejak hari itu, lelaki ini akan beli kopi setiap hari dari gadis ini dengan permintaan yang sama, tambah 5 sudu gula.

Bila baca cerita ni, admin memang berharap yang lelaki ni akhirnya akan bersama dengan gadis ni, tapi ayat terakhir lelaki ini adalah, “Dua hari kemudian, saya dapat diabetes.” Whatttt? Kan dah tak pasal-pasal.

Perkongsian lelaki ni mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang terkejut dengan cerita lelaki ni, ada yang concern dengan kesihatan dia dan ada jugak yang merasakan ini cerita dongeng.

Apa-apa pun, kalau cerita lelaki ni betul dia dah boleh start control makanan dia dan untuk yang lain, kalau ye pun nak ngorat, tak yahlah sampai “lautan api sanggup ku renangi sangat.”

 

Baca: “Muka macam baj*ngan, ayat tak cukup power ada hati nak ngorat awek cun” – Netizen Bengang Lelaki Rogol & Toreh Muka Gadis Lepas Kena Reject

Screenshot 2019 06 25 At 10.37.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.