in

Gara-gara Letak Kamera Untuk Skodeng Dalam Bilik Air Di Asrama, Pelajar 19 Tahun Didenda RM2,500

Aa 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat jahat seorang pelajar 19 tahun untuk skodeng wanita di bilik air sebuah asrama akhirnya terbongkar apabila dia didakwa atas kesalahan cuba untuk mengaibkan kehormatan wanita.

Kejadian dilaporkan berlaku di salah sebuah asrama pekerja di Kuala Lumpur pada jam 7 malam, 18 Oktober lepas.


A1 3 6

 

Pelajar lelaki yang dikenali sebagai Ng Soon Seong,19 dipercayai cuba mengaibkan mangsa menerusi kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam bilik air. Mangsa adalah seorang wanita berusia 29 tahun yang juga pekerja di asrama berkenaan.

Suspek telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut melibatkan dan hukuman telah disabitkan oleh Majistret S. Mageswari mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun setengah atau denda atau kedua-duanya.

A2 2 1

 

Minta untuk diringan hukuman kerana suspek masih belajar

Mohammad Zaidi Othman selaku peguam bela kepada suspek walau bagaimanapun memohon hanya hukuman denda dengan alasan anak guamnya adalah pesalah muda dan itu kesalahan pertamanya.

“Tertuduh merupakan anak yatim piatu, dia kini bekerja sambil belajar dalam bidang masakan dan tinggal di asrama tersebut kerana sedang menjalani (latihan) praktikal,”

“Kejadian ini memberi kesan mendalam ke atas dirinya dan dia juga telah memohon maaf kepada mangsa,”

Sumber: Sinar Harian

 

Baca: “Elok bagi penjara saja, tak perlu denda ni – Hina Nabi, Pelajar Universiti Didenda RM4,000

A3 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.