in

Gara-Gara Kekurangan Pekerja, Airport UK Bakal Alami Huru-Hara Selama 2 Tahun!

Huru Hara Lapangan Terbang Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengendali bagasi mendedahkan bahawa keadaan huru-hara yang dialami oleh lapangan terbang seluruh United Kingdom akan berlarutan sehingga 2 tahun gara-gara kekurangan pekerja disebabkan Covid-19.

Difahamkan, kebanyakan lapangan terbang seluruh negara tersebut mengalami pelbagai jenis masalah seperti kelewatan pesawat, barisan yang panjang serta kehilangan bagasi dan lain-lain masalah.


Menurut seorang pengendali bagasi yang bertugas di Lapangan Terbang East Midlands mendedahkan bahawa ada kemungkinan isu-isu yang berlaku ini akan berlarutan sekurang-kurangnya selama dua tahun!

Fu6Bhhgx0Aa8Tdi

Menceritakan perkara yang dilaluinya setiap hari, pekerja tersebut berkata bahawa operasi di lapangan terbang tersebut sangat tidak tersusun dan berasa sangat panjang.

“Anda berdiri sepanjang hari, sampai penat mental dan fizikal. Dalam masa yang sama kena kesana kesini untuk pastikan penerbangan berlepas pada waktu sepatutnya”

Petugas yang meminta identitinya dirahsiakan ini turut memberitahu media tempatan bahawa jalan penyelesaian yang ada setakat ini ialah untuk memastikan penumpang keluar dan masuk ke lapangan tersebut.

Menurutnya lagi, kebanyakkan petugas terpaksa berkerja lebih masa berbanding sebelum masalah kekurangan pekerja ini terjadi.

Ezgif.com Gif Maker 8

Dalam masa yang sama, kerajaan turut diminta untuk campur tangan dalam menangani masalah ini sambil pihak kesatuan pekerja memberikan amaran agak tiada lagi pengurangan petugas atau pemecatan berlaku.

Untuk menyelesaikan masalah itu, lapangan terbang dan pengendali perlu menawarkan gaji yang adil dan merancang untuk permintaan puncak, tambah petugas tersebut.

Baca : Terkenal Parodi ‘Childhood’, Ryan Bakery Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Influencer Lepas Dibuang Kerja Akibat Pandemik

Ft Ryan Bakery

Sumber: Twitter
Sumber: Ladbible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.