in

Gara-gara Buat Kucing Mati Kebuluran, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 18 Bulan

tak jaga kucing dipenjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing antara binatang peliharaan yang diminati ramai, rupanya yang comel dan perwatakannya yang manja membuat ramai yang ‘cair’.

Pun begitu, membela haiwan peliharaan ini sebenarnya adalah tanggungjawab yang besar, segala makanan dan tempat tidurnya haruslah disediakan dengan baik dan mencukupi, ini kerana Si Comel ini juga boleh terdedah kepada penyakit yang bermacam-macam.


Itulah yang terjadi di Singapura apabila seorang lelaki culas dalam menjaga kucingnya dan menyebabkan kematian haiwan tersebut.

pexels burak the weekender 65536
Gambar Hiasan

Lelaki tersebut telah didakwa kerana gagal menyediakan makanan dan air yang mencukupi untuk kucing peliharaannya selama kira-kira lima minggu, mengakibatkan kematian haiwan itu.

Menurut laporan Channel News Asia, Khairulnizam Khan Kamalrozaman yang berusia 25 tahun pada asalnya didakwa pada Ogos lalu kerana menyebabkan kucing peliharaannya mati kelaparan, tetapi pertuduhan itu dipinda pada Rabu, 26 Oktober.

Dia kini menghadapi pertuduhan menyeksa kucing kelabu itu kerana gagal memberikannya makanan dan air yang mencukupi antara 25 Dis 2020 dan 2 Feb 2021.

Difahamkan, kucing tersebut dibiarkan di sebuah flat di Sembawang dan bagi kesalahan itu, Khairulnizam boleh dipenjara sehingga 18 bulan, denda sehingga S$15,000 (RM 50k), atau kedua-duanya sekali.

Jagalah kucing elok-elok, dorang kan makhluk Tuhan juga…

Baca: “Pet lover je tau” – Terus Cari & Peluk Kucing Lepas Kemalangan, Wanita Tak Kisah Keselamatan Diri

Ft Kemalangan Myvi Peluk Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.