in

Gara-gara Bantu Gadis Dirasuk, Habis Rumah ‘Diganggu’ Makhluk Halus!

Cctv Lembaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran membantu gadis yang didakwa dijual kepada jin oleh bapa angkatnya, habis lelaki dan keluarganya diganggu oleh lembaga.


Kisah seram ini diceritakan oleh seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikenali sebagai Rambo. Katanya kejadian ini berlaku selepas dia dan seorang rakan membantu gadis berusia 20 tahun yang menjadi mangsa perjanjian si ayah dengan jin.

Detik seram itu bermula selepas jiran yang berada di aras 2 unitnya menegur bunyi bising yang mereka dengar didakwa dari rumahnya, katanya seolah-olah bunyi perabot bergerak, lapor mStar.

Mula-mula pindah tu memang dah ada ‘benda’ tu, tapi saya malas ambil peduli… lagipun dia tidak mengganggu sesiapa.

“Tapi apa yang berlaku di rumah saya sehinggakan jiran ‘bising’ dalam grup WhatsApp membuatkan saya tidak boleh berdiam diri.

“Dia cakap saya tak ajar anak supaya tidur awal, sedangkan bunyi pergerakan perabot dan sebagainya itu dilakukan oleh makhluk ghaib,”

Jadi disebabkan itu, Rambo bertindak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu sudut rumahnya.

1801813

Mengejutkan, selepas sahaja dia semak rakaman CCTV, ternyata memang ada pergerakan namun tiada pelaku.

Apabila saya teliti dan jadikan video CCTV dalam mod gerakan perlahan, barulah kelihatan sosok berwarna putih yang bersaiz kecil.

“Bukan satu tapi ada empat ekor… kemungkinan ia adalah toyol, tapi entahlah saya pun tidak pasti.

“Apa yang saya lihat adalah, mereka yang bergerak di dalam rumah pada waktu malam. Anak-anak saya sudah masuk tidur seawal jam 10 malam,”

Selepas mendapat rakaman tersebut, Rambo terus kongsikan terus di whatsapp dan menjelaskan situasi sebenar yang bunyi didengari jirannya itu dilakukan oleh ‘benda’ lain yang tidak boleh dilihat.

Namun, difahamkan jirannya itu enggan membuka video tersebut.

1801815

Rupa-rupanya, dia mula diganggu oleh makhluk mistik itu selepas dia cuba membantu seorang gadis yang dirasuk.

Kawan saya minta tolong ‘tengokkan’ seorang budak perempuan di Putrajaya, katanya kena rasuk sebab ayah angkat dia buat ritual berkaitan perjanjian dengan jin.

“Apabila saya jumpa budak perempuan tu, dia cakap dalam bahasa Indonesia bahawa saya pergi belajar lagi sebab bukan lawan dia.

“Jadi, pada masa itu, saya cuba membantu dengan membawanya berjumpa seorang ustaz tahfiz,”

Katanya, gadis tersebut merupakan seorang anak yatim piatu yang dipelihara oleh seorang lelaki dari Indonesia.

Difahamkan ritual penyembahan yang dimaksudkan itu adalah bila mana gadis tersebut ditawarkan sebagai ‘makanan’ kepada jin dan sebagai pulangannya, lelaki itu akan dijanjikan kesenangan dan kemewahan.

Kali keempat saya lupa nak dinding diri… sampai satu masa saya tidur di rumah kawan dan nampak mayat berada sebelah saya.

“Rupa-rupanya rakan juga alami perkara sama, sebab itu dia minta tolong saya pula. Bimbang kejadian lebih pelik berlaku, saya minta budak perempuan tersebut mencari rakan yang boleh bawa dia pergi mendapatkan rawatan lanjut,”

Bukan itu sahaja, anak dia yang berusia 2 tahun juga demam dan keadaan berlarutan sehingga satu bulan sebelum anaknya kemudian kembali pulih.

Namun gangguan di rumahnya semakin kerap berlaku dan dia enggan ambil pusing selain menasihati isteri dan anak-anaknya supaya tidak takut dengan makhluk ghaib.

 

Baca : Seram! Ramai Berkunjung Ke Flat Yang Tiada Penghuni Ini Lepas Jadi Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2

Pengabdi

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.