in

“Gangubai Malaysia” – Netizen Terkedu Lihat Sharifah Sakinah Berbaju Kurung Sambil Pegang Rokok

Sharifah Sakinah Baju Kurung Rokok

Pelakon dan pengacara terkenal Sharifah Sakinah selalu menjadi buah mulut netizen dek kerana personalitinya yang agak berbeza dan berani, baik dari segi fesyen atau percakapannya.

Baru-baru ini, dia menjadi buah mulut netizen sekali lagi apabila dia memakai baju kurung sambil memegang sepuntung rokok.

Pelakon filem ‘Kimchi Untuk Awak’ itu mengenakan baju kurung serba putih dengan kain pelikat sambil memegang rokok, seakan menyerupai imej pelakon filem Netflix, Gangubai Kathiawadi yang merupakan seorang ‘ibu ayam’.

Sharifah Sakinah memuat naik posting berkenaan dengan kapsyen yang menyuarakan pendapatnya mengenai situasi politik di Malaysia.

“Mana-mana gabungan yang diputuskan hari ini, saya berharap akan muncul seorang pemimpin dalam kalangan mereka yang boleh memimpin dan melakukan apa yang betul untuk kita.

Orang yang boleh berempati dan memahami perjuangan setiap hari hingga kesusahan sebenar menjadi seorang wanita,” tulisnya.

Pun begitu, walaupun imejnya itu mendapat pujian malah ada juga netizen yang merasakan ia sesuatu yang sedikit tidak sopan kerana ia bercanggah dengan kesusilaan wanita Melayu.

Cats 21

Hmm korang rasa okay ke look macam ni ?

Baca: “The Mafia Queen” –  Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Untitled Design 2022 05 18T173513.748