in

“Gangguan seperti itu tak perlu dedahkan” – Menteri Agama Selar Perbuatan ‘Buka Aib’ Puteri Balqis

Menteri Agama Puteri Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial baru-baru ini heboh dengan isu pelakon muda Puteri Balqis yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya sendiri.

Sudah pastinya isu tersebut menjadi bualan netizen malah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun juga terpanggil untuk bertemu dengan pelakon muda serta bapanya itu untuk menyelesaikan kes tersebut.


Idrisahmad010616B 1

Pun begitu, menurut laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu tersebut.

“Sepatutnya dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya, gangguan seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.

Dia sepatutnya lapor kepada pihak polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya.

Dia juga berkata Puteri Balqis hanya perlu membuat laporan polis bagi membolehkannya mendapat pembelaan undang-undang serta melindunginya daripada sebarang ancaman pada masa akan datang.

Sebagai info, pelakon Andainya Takdir itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk menerusi sebuah rancangan podcast di YouTube.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera…

Baca: “Tak terfikir nak buat benda keji macam tu” –  Individu Dipercayai Bapa Aqish Buat Laporan Polis

Bapa Aqish Laporan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.