in

Gambar Rosmah Mansor Kena Crop Oleh Portal Berita Terbesar di Arab Saudi

Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua tahu baru-baru ini Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud berkunjung ke Malaysia bagi lawatan rasmi.

Setiap negara pasti memberi penghormatan serta mengalu-alukan kedatangan raja dari negara luar dengan sambutan yang meriah, begitu juga Malaysia yang tidak melepaskan peluang menyambut kedatangan Raja Salman.


Najib1
sumber: al arabiya

Pada 27 Februari 2017, sebuah jamuan majlis makan malam diadakan di mana ramai pemimpin politik Malaysia turut sama hadir untuk menikmati santapan bersama tetamu diraja serta ahli-ahli politiknya.

Seperti biasa, jamuan tersebut dipenuhi media untuk membuat liputan serta laporan tentang jamuan gilang-gemilang itu.

Bagaimanapun, sebuah page Facebook menyedari bahawa gambar wanita pertama yang kita semua sayangi, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kena crop oleh pihak media Arab Saudi.

Jika anda perhatikan dengan lebih teliti, anda akan perasan cebisan pakaian berwarna silver di sebelah Perdana Menteri kita yang sangat mengagumkan, Dato Seri Najib Tun Razak.

Najib2
sumber: say no to najib

Gambar yang telah kena crop itu didapati dari Riyadh Vision, sebuah portal berita online paling besar di Arab Saudi. Manakala, sebuah lagi gambar yang didapati dari Bernama mendedahkan bahawa memang benar Rosmah adalah individu yang berdiri di sebelah Najib pada ketika itu. Duhhhh, siapa lagi kan!

[sociallocker id=1666]

Dua gambar yang berbeza dari acara yang sama itu menunjukkan wanita pertama kesayangan kita semua memakai baju kurung berwarna silver.

Najib3
sumber: bernama
Najib4
sumber: the star

Netizen seperti biasa kaya dengan idea lawak jenaka tentang hal sebegini. Malah, ada yang turut membuat lawak dan berkata ianya mungkin kerana Rosmah tidak muat untuk dipaparkan di dalam gambar itu! Tak baik tau cakap macam tu dekat first lady kita ni tau!

Ada pula yang berkata, beliau tidaklah terlalu penting di dalam hal politik dan ada juga membuat jenaka di mana Rosmah mungkin akan membunuh wartawan yang crop gambar berkenaan.

Rosmah1

Ramai netizen berpendapat bahawa ianya mungkin kerana perbezaan budaya. Kita semua tahu, Arab Saudi sangat tegas tentang pemakaian wanita, rambut Rosmah yang terdedah itu mungkin kurang sesuai bagi budaya mereka.

Boleh nampak rambut dia lah. Di Saudi kan kena tutup semua…”

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa budaya Arab Saudi tidak terlalu mendedahkan wanita.

Bagaimanapun, penyebab sebenar mengapa gambar tersebut kena crop kekal misteri sama seperti wang derma berjumlah RM2.6 bilion. Eh?

[/sociallocker]

Kesian Datin Paduka Rosmah Mansor kita kan? 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.