in

Galakkan Kesedaran Sivik, Anugerah Tandas Terbaik Jadi Acara Tahunan Kebangsaan

anugerah tandas kebangsaan totya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menggalakkan kesedaran sivik dalam penjagaan kebersihan tandas awam, Anugerah Tandas Terbaik (TOTYA) akan dijadikan acara tahunan kebangsaan.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, keputusan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri.


Beliau berkata, TOTYA, yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM160,000, dengan pemenang utama bagi setiap kategori menerima RM20,000.

Artikel berkaitan: “Rasa nak melawat tandas-tandas ni” – Anugerah ‘Toilet of The Year’ 2024 Raih Perhatian Netizen

466573741 965615142258696 1403196530082206322 n

Jelasnya, sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan dalam TOTYA pada tahun ini iaitu:

1. Pihak berkuasa tempatan (PBT)
2. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
3. Hotel
4. Restoran
5. Pusat beli-belah
6. Sekolah
7. Medan selera
8. Rumah ibadat

“Tarikh tutup penyertaan TOTYA ditetapkan pada 30 April ini,” kata Nga.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut memaklumkan bahawa hasil kerjasama antara KPKT dengan Kementerian Pendidikan telah membawa kepada penambahbaikan kira-kira 12,000 tandas awam, termasuk lebih 8,000 tandas sekolah, dengan peruntukan hampir RM900 juta. Inisiatif ini bertujuan untuk menerapkan amalan kebersihan sejak di peringkat sekolah.

Selain itu, KPKT akan memperuntukkan RM4 juta untuk membina empat tandas pintar enam bintang di destinasi pelancongan terpilih bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi yang terlibat ialah Dataran Masjid Putrajaya, Dataran Flora di Putrajaya, Jalan Alor, dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.