in

Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang

ft gua musang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda hampir maut selepas kenderaan jenis Proton Satria Neo yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung akibat tanah runtuh di Kilometer 45 Jalan Gua Musang–Lojing di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 pagi semasa mangsa yang berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Pasir Puteh.


Artikel berkaitan : “Tuhan, tolong munculkan anak saya” – Bapa Cari Gali Anak Yang Sudah 3 Hari Hilang Akibat Tanah Runtuh

Artikel berkaitan : Tanah Runtuh: Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat

Menurut beliau, dalam siasatan awal, sebaik sahaja mangsa tiba di lokasi, dia tidak sempat mengelak runtuhan tanah yang menutupi jalan sebelum kenderaannya itu hilang kawalan dan terjatuh dalam gaung.

591913367 1356559466512155 2347990975471855594 n

Mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk menerima rawatan.”

591809263 1356559339845501 2513082662812146199 n

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam masa sama Choon Foo turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melalui jalan yang telah diisytiharkan tutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk elak sebarang risiko kemalangan.

594077031 1356561243178644 5639004617724452258 n

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap mana-mana individu yang ingkar arahan,” katanya.

593967689 1356566676511434 3730057279368506663 n

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau 013-3010408 bagi membantu siasatan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.