in

Gadis Jumpa Semula Telefon Bimbit Lepas 13 Bulan Tercicir Dalam LRT

Ft Phone 13 Bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak ada telefon bimbit pada zaman kini? Boleh dikatakan kemana sahaja kita pergi, pasti akan bawa telefon bimbit walaupun ingin masuk ke tandas. Bagaimanapun disebabkan saiznya yang agak kecil, ramai yang pernah mengalami situasi hilang atau tercicir peranti tersebut.


Cuba bayangkan kalau hilang di kawasan umum yang ramai orang seperti pusat beli-belah, dalam pengangkutan awam atau lain-lain tempat? Mesti rasa gelabah dan ‘hilang akal’ kan?

Tapi, rezeki berpihak kepada individu ini, tular sebuah ciapan di Twitter melalui akaun @sharifahyasmiin berkenaan telefon bimbitnya yang hilang dalam jangka lebih daripada setahun di LRT telah dijumpai semula.

Hilang sejak Disember 2021??

Menurut Yasmin, telefon bimbit tersebut telah hilang pada Disember 2021 dan dia juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai insiden itu.

Setelah 13 bulan, Yasmin memberitahu bahawa ada seorang individu yang menghubunginya memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah dijumpai dan dia amat bersyukur.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Aiman, bekerja sebagai seorang pegawai penyelia keselamatan, telah menjumpai telefon bimbit tersebut dan berjaya menghubungi Yasmin.

“Better late, than never” – Yasmin

Aiman telah menjumpai nama Yasmin sebagai emergency contact di dalam telefon berkenaan dan dia telah bertindak untuk melalukan carian di atas talian sekali gus menjumpai nombor telefon adik Yasmin.

4Ztlbwusbbdi7Ivtauvq2A4Pxe

Namun sehingga hari ini, Yasmin masih mencuba untuk mendapat akses kepada telefon tersebut selepas dikunci kerana beberapa kali cubaan kata kunci yang salah telah dilakukan oleh orang tidak dikenali.

Difahamkan, telefon bimbit Yasmin itu telah dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan sebuah condominium dan disebabkan dia takut dituduh atas kesalahan mencuri dia telah memberikan telefon berkenaan kepada Aiman untuk dipulangkan kepada tuannya.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dan kagum dengan tindakan Aiman yang amanah dalam melakukan tugas sehinggakan sanggup bantu mencari tuan kepada telefon berkenaan.

Komen1

Abang ni memang terbaik lahhh! 

Baca : Netizen Merungut ‘Line’ Tak Ada Semasa Acara Perbarisan Merdeka, Rupanya…

Unnamed File 758X399 1

Sumber: Portal
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.