in

Gadis Cina Gelar Melayu ‘Monyet MERAH’ dan Tidak Bertamadun. Ini Cerita Benar Disebaliknya…

featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mudahnya merosakkan nama dan menjatuhkan reputasi seseorang pada zaman serba moden ini. Ya, itulah antara penyalahgunaan internet yang paling popular kini. Dengan satu click sahaja, fitnah disebarkan dengan begitu senang sekali.

Baru-baru ini seorang gadis bernama Shelyn menjadi mangsa apabila gambarnya dicuri sebelum dimuatnaik semula di bawah akaun Facebook palsu dikenali sebagai ‘Suat Ling Lim’. Nama tersebut sebenarnya adalah nama penuh Shelyn.


Paling teruk sekali, Shelyn difitnah oleh penyamar itu dengan status gambar berunsur perkauman dan penghasutan yang menyentuh sensitiviti keharmonian. 

b

Melayu semuanya monyet MERAH yang menyamar (jadi manusia), balik jamban sahajalah.

Disebabkan bangsa yang tidak bertamadun inilah membuatkan saya melarikan diri dan menetap di London. Tetapi hari ini saya pulang ke tanah air demi Bersih!”

Status ini adalah palsu! Ianya sangat ketara kerana kebiasaannya di Facebook, waktu sesebuah gambar atau status dimuatnaik akan terpapar di bawah nama pemilik akaun.

Sebaik sahaja status ini menjadi viral, Shelyn telah menerima TERLALU BANYAK kemarahan dan kebencian daripada netizen. Bagaimanapun, kerana tidak tahan lagi untuk berdiam diri serta melihat identitinya dicuri dan digunakan untuk tujuan negatif, Shelyn memberitahu netizen tentang kebenaran di sebaliknya.

Status Shelyn,

[sociallocker id=1666]

“Wahai rakan-rakan dan keluarga, saya ingin kongsi pengalaman pahit yang terjadi kepada saya sejak 24 jam yang lalu, mengingatkan anda tentang bahayanya Internet pada masa kini kerana boleh menjurus kepada jenayah siber.”

Ini adalah ringkasan tentang apa yang telah berlaku:

  1. Status palsu bersama-sama gambar dan nama saya telah tersebar di internet. Status tersebut tersangat ‘panas’, berunsur perkauman selain mengandungi kata-kata ‘taksub’ yang menghina seluruh lapisan masyarakat.
  2. Beberapa portal dan orang ramai telah share status palsu itu menyebabkan ianya menjadi viral.
  3. Sebagai akibat, saya telah menerima banyak respon kebencian dan akaun instagram saya telah digodam.
  4. Saya telah membuat laporan polis mengenai isu ini dan berhubung dengan wakil portal untuk memadam status palsu itu, dan hanya beberapa sahaja yang berbuat demikian.
  5. Insiden ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya, rakan-rakan dan keluarga kerana ianya telah mencemarkan reputasi saya, menyebarkan kebencian dan sentimen penghinaan serta akan menghakis perhubungan antara kaum di negara ini.
  6. Dengan ini, saya menyeru sesiapa sahaja yang pernah melihat status palsu itu agar tidak share kerana ia akan lebih merosakkan nama dan reputasi saya.
Gambar asal Shelyn
Gambar asal Shelyn

“Saya cuba carian pantas menggunakan nama saya di Facebook dan ianya sangat memeranjatkan; terdapat lebih 60ribu keputusan yang mempunyai nama saya. Boleh dikatakan, nama saya menjadi ‘trending’.”

[/sociallocker]

Status palsu itu menjadi viral dan beberapa portal serta laman web berita turut menulis tentang Shelyn, dan tanpa henti menekankan bahawa beliau bersikap perkauman.

bersih1

bersih2

Meskipun begitu, masih ada netizen yang tidak mempercayai bahawa status itu adalah palsu dan menulis status yang lain untuk mengecam dan menghentam Shelyn semula.

b1

Namun, ada juga yang menyebelahinya dan percaya bahawa Shelyn difitnah berdasarkan status itu yang menggunakan tatabahasa yang salah,

“Adakah anda semua percaya orang sepertinya membuat kesalahan tatabahasa dengan begitu mudah sekali (rujuk gambar)?!

Sedar lah semua! Tidak semua yang anda baca di Internet adalah benar. Ini menunjukan ramai di antara kita terlalu cepat membuat andaian dan menilai sesuatu.”

Keadaan menjadi sangat teruk sehinggakan Shelyn terpaksa membuat laporan polis.

 

b2

“Buat masa sekarang, pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai kesahihan dan dari mana datangnya status palsu itu, termasuk portal yang terlibat share status tersebut.”

“Saya menyeru anda semua untuk berhati-hati dengan pelbagai kemungkinan ketika berkongsi gambar dan pendapat, serta jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan sesuatu cerita yang tiada bukti kesahihannya.”

Jadikan kisah Shelyn ini sebagai peringatan buat anda semua. Pastikan profil anda private bagi mengelakkan kecurian gambar dan menjadi mangsa fitnah. Ianya boleh terjadi kepada sesiapa, pada bila-bila masa. Gambar anda mungkin dicuri dan disalahgunakan untuk tujuan yang lain. Hati-hati!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.