in

‘From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu’ – Ini Caption IG Datuk LCW Untuk ‘Musuh’ No.1 Beliau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dalam sukan bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang sentiasa dibandingkan  siapa yang paling hebat. Tapi bagi peminat sukan badminton, perbalahan untuk menentukan siapa pemain badminton terhebat sepanjang zaman, sama ada Lin Dan atau Datuk Lee Chong Wei takkan pernah berhenti.


Walaupun mereka merupakan seteru yang saling membenci di arena gelanggang badminton, namun mereka merupakan sahabat baik di luar sebenarnya. Sebelum ini Lin Dan pernah meluahkan rasa sedih apabila Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya, kini giliran sahabatnya ini pula menggantung raket.

Lagenda badminton yang juga wira negara, Datuk Lee Chong Wei telah mencuri perhatian netizen apabila kepsyen yang ditulis beliau yang ringkas itu tetapi sangat menghiburkan warganet.

‘From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu’

View this post on Instagram

From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Mengikut kefahaman, kepsyen ini bermaksud perkenalan mereka dalam dunia sukan bermula dari kecil hinggalah kini mereka sudah bergelar bapa.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 100K Likes dan lebih seribu komen. Rata-rata warganet terhibur dengan kepsyen ‘bulu’ tersebut dan menyifatkan sebagai ‘Lagenda Badminton’ negara itu sebagai seorang yang kelakar

Kelakarlah Datuk ni, caption jarang tak win. Apapun terima kasih dan selamat berehat Datuk, rindu nak feel rasa berdebar tengok badminton…

Baca: Selalu nampak serius je” – Netizen Terbahak Tengok Bloopers Datuk Wira Lee Chong Wei

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.