in

Fritz Haarmann: Si Penjual Daging Terkenal Pada 1920an, Hinggalah Orang Dapat Tahu Daging Yang Dijual Rupanya…

Collage 15

Pada sekitar tahun 1920an, Fritz Haarmann pernah dikenali sebagai peniaga berjaya. Dia menjual baju-baju terpakai dan merupakan pembekal daging-daging murah di Jerman.

Berasal dari Hanover, Fritz disenangi oleh orang-orang yang tinggal di sana kerana keramahannya malah pihak polis pun sukakan dia sampai ambil dia jadi pemberi maklumat padahal…

Kehidupan awal Fritz Haarmann

Fritz Haarmann Serial Killer

Lahir pada tahun 1879, Fritz gemar bermain dengan anak patung, memakai dress dan mengelak dari bermain dengan kanak-kanak lain lebih-lebih lagi lelaki.

Kerana ini, bapa Fritz telah masukkan dia ke sekolah tentera pada usia 16 tahun untuk ajar dia jadi ‘lelaki’. Walaupun dia suka belajar di sana, lepas beberapa bulan dia telah diminta untuk berhenti kerana mempunyai masalah epilepsi (sawan).

Fritz kemudiannya bekerja di kilang cerut bapanya selama setahun sebelum dia melakukan jenayah pertamanya iaitu mencabul kanak-kanak lelaki dan telah ditahan dan ditangkap serta dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa.

Selepas enam bulan, Fritz melarikan diri dan masuk ke Switzerland. Di sana, dia telah bertunang dengan seorang gadis bernama Erna Loewert namun terputus selepas Erna mengandung dan Fritz perlu pulang ke Jerman untuk menghabiskan servis ketenteraan.

Disebabkan penyakitnya, dia telah dimasukkan ke dalam hospital selama empat bulan dan telah diberhentikan pada tahun 1902. Bila dia pulang, bapanya berulang kali cuba masukkan dia semula ke hospital sakit jiwa namun lelaki ni berjaya mengelak.

Fritz kemudiannya meneruskan kehidupannya menggunakan duit pencennya yang dinaikkan jumlahnya bila dia diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya serta menambah duitnya dengan melakukan pelbagai jenayah kecil seperti mencuri dan menipu orang.

Pembunuhan pertama “Vampire of Hanover”

Posing For Photograph

Fritz kemudiannya dimasukkan ke dalam penjara selama lima tahun kerana mencuri membuatkan dia tak perlu untuk keluar berperang ketika Perang Dunia Pertama berlaku.

Di penjara, Fritz jatuh cinta dengan seorang bapa ayam, Hans Grans hingga bila keluar penjara, dorang buat keputusan untuk duduk bersama.

Fritz kemudiannya melakukan dua kerja untuk menampung hidupnya. Satu, dia bekerja dengan kumpulan penyeludup dan satu lagi dia bekerja sebagai pengintip untuk polis Hanover.

Pada September 1918, seorang remaja berusia 17 tahun, Friedel Rohe lari dari rumahnya sebelum menghilangkan diri. Ketika bapanya cuba mencarinya, dia dapat tahu Friedel telah berkawan baik dengan Fritz yang selalu membawa budak-budak lelaki ke rumahnya.

Namun bila dia memberitahu perkara ini kepada pihak berkuasa, dorang tak mahu masuk campur kerana Fritz merupakan pengintip dorang yang paling berharga.

Namun, setelah didesak beberapa kali, pihak polis akhirnya bersetuju untuk membuat lawatan ke rumah Fritz.

Di sana, pihak polis temui Fritz sedang baring bersama seorang budak lelaki berusia 13 tahun namun tak ada tanda-tanda yang Friedel ada di sana.

Tapi, apa yang pihak polis tak tahu, masa dorang dekat situ, kepala Friedel ada disembunyikan di belakang tempat memasak!

Jual daging murah

Police Inspecting Fritz Haarmans Home

Ketika ini, Fritz telah pun dikenali sebagai penjual daging yang terkenal di pasar gelap. Dia dikenali kerana sikapnya yang peramah dan dagingnya dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Pada tahun 1919, Jerman mengalami masalah ekonomi yang kronik dan ramai keluarga tak mampu untuk menyediakan makanan. Kerana ini, Fritz mengambil kesempatan untuk lepak di stesen keretapi Hanover untuk mencari budak-budak lelaki yang lari dari rumah dan menjanjikan makanan dan tempat tinggal yang selesa.

Lepas beri makanan kepada mangsa-mangsanya, Fritz akan membunuh mereka dengan menggigit leher meninggalkan kesan yang dia panggi “love bite” sebelum mencabul mayat mangsanya.

Fritz kemudiannya memotong mayat-mayat mangsanya dan kisar dagingnya untuk dijadikan sosej atau potong kecil-kecil sebelum dijual sebagai daging lembu atau babi.

Lepas habis potong mangsa-mangsanya, bahagian yang tak digunakan dibuang di sungai berdekatan.

Selama enam tahun, pihak polis telah tutup sebelah mata dengan aktiviti pengintip kesayangan mereka ini dan Fritz dipercayai telah membunuh lebih 50 budak lelaki yang biasanya dipilih oleh Hans.

Penemuan dan perbicaraan

Haarmann At Trial

Pada Mei 1924, pihak polis telah dipaksa untuk memberi perhatian kepada Fritz selepas rangka kanak-kanak lelaki ditemui di sungai berdekatan rumahnya.

Selepas satu demi satu rangka dan tengkorak ditemui, sungai tersebut telah diselongkar dan sebanyak 22 rangka remaja lelaki telah ditemui.

Bandar Hanover  mula panik dengan penemuan ini dan ramai yang mengesyaki Fritz kerana sering melihat dia membawa kanak-kanak lelaki ke rumahnya.

Polis Hanover pula telah dianggap tak sesuai untuk jalankan siasatan ini kerana sikap berat sebelah mereka. Jadi, dua detektif dari Berlin telah datang untuk mengambil alih siasatan.

Detektif Berlin kemudiannya menemui Fritz sedang menyerang seorang remaja di sudut gelap stesen kereta api dan telah menahannya sementara mereka menyelongkar rumah lelaki tersebut.

Di dalam rumahnya, pihak polis menemui dinding dan lantai penuh dengan kesan darah dan lebih 100 pakaian mangsa-mangsanya ditemui.

Fritz pula ketika disoal siasat tak teragak-agak untuk mengaku salah. Bila ditanya berapa ramai yang dia dah bunuh, dengan selambanya dia menjawah “30 ke 40, saya pun tak ingat.” Dia kemudiannya mengatakan yang mungkin dia dah bunuh seramai 50 ke 70 budak lelaki.

Bagaimanapun, pihak polis hanya boleh mengenal pasti 27 mangsanya dari tahun 1923-24 dan puluhan yang lain tak dapat ditemui.

Di mahkamah, Fritz hanya berkelakuan bersahaja sambil menghisap cerut serta menghina orang-orang yang datang. Ada sekali, ketika dia melihat gambar salah seorang budak hilang, dia menjerit ke arah bapa budak tersebut mengatakan anaknya hodoh dan dia tak mungkin ada kena mengena dengan kehilangan budak itu.

Fritz kemudiannya didapati bersalah atas 24 dari 27 pembunuhan dan dijatuhkan hukuman pancung menggunakan guillotine (rujuk gambar di bawah) pada 15 April 1925.

Guillotine French Revolution

Manakala kekasihnya, Hans pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup namun kemudiannya dipendekkan ke 12 tahun.

Selepas dijatuhkan hukuman, kepala Fritz telah diawet dan diberikan ke sekolah perubatan di Göttingen. Selepas berpuluh tahun menyimpan kepalanya, sekolah tersebut membuat keputusan untuk bakar kepalanya sekaligus menghapuskan jejak “Vampire of Hanover” ini.

Mv5Bmwm2Otdhmjmtotrhyi00Nzbilwizymmtmzfkmwu3Zgflmjawxkeyxkfqcgdeqxvyntm3Mdmymdq@. V1

Cerita mengenai Fritz Haarmaan ini telah dijadikan filem oleh pengarah terkenal Jerman Fritz Lang berjudul M.

Sumber: ati

 

Baca: “Dia ayah penyayang” – Anak ‘BTK Killer’ Tak Pernah Syak Ayah Pembunuh Terkenal Selama Dua Dekad Hidup Sebumbung

Screenshot 2020 09 14 At 5.44.44 Pm

Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: Imdb