in

‘Fresh Graduate’ Ini Mengeluh, HR Tak Bagi Tengok YouTube & Pakai Seluar Pendek Ketika Bekerja

F4 Tak Boleh Tengok Youtube Di Tempat Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di Facebook saluran radio 988 daripada seorang fresh graduate yang dirahsiakan identitinya telah menjadi perhatian netizen.

Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bahagian HR (pengurusan sumber manusia) di tempatnya bekerja kerana pegawai HR tersebut telah menegurnya bahawa dia tidak boleh memakai seluar pendek ke pejabat.


Hari Pertama Bekerja
Gambar sekadar hiasan

Menurut fresh graduate itu, sebelum mula bekerja, pegawai HR syarikat itu mengatakan dia boleh memakai pakaian kasual ke pejabat.

Jadi, mengikut pemahamannya, dia dibolehkan untuk memakai seluar pendek ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, pada hari pertamanya di pejabat, pegawai HR tersebut telah menegurnya bahawa seluar pendek tidak sesuai dipakai ke pejabat.

Pakai Seluar Pendek Ke Tempat Kerja
Gambar sekadar hiasan

Memetik sumber lagi, pada hari pertama dia bekerja juga, bos individu itu tidak memberi tugasan yang banyak kepadanya kerana dia masih baru.

Oleh itu, fresh graduate berkenaan telah memutuskan untuk menonton video YouTube berikutan dia tidak mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan.

Namun, dia sekali lagi dipanggil oleh pegawai HR kerana dia tidak sepatutnya menonton YouTube ketika waktu bekerja.

Hari Pertama Bekerja
Gambar sekadar hiasan

Ini kerana menurut pegawai HR tersebut, aktiviti itu boleh mengganggu produktiviti pekerja.

Mereka tak bagi saya tugasan, jadi adakah mereka expect saya akan tanya setiap rakan sekerja saya jika ada apa-apa yang boleh saya tolong?” luah fresh graduate itu lagi.

Selain itu, fresh graduate itu juga mendedahkan bahawa tiada seorang pun rakan sekerjanya yang pulang tepat waktu.

Dia turut mempersoalkan mengapa susah untuk orang zaman sekarang untuk mendapat kerja yang menawarkan work-life balance.

Rata-rata netizen mengkritik individu berkenaan kerana secara logiknya, memang seluar pendek tak sesuai dipakai ke tempat kerja.

Jika sesebuah syarikat itu membenarkan pekerja mereka memakai pakaian kasual, kebanyakan hanya boleh pakai seluar jeans, t-shirt, jaket dan sebagainya.

Manakala dalam isu menonton YouTube ketika waktu bekerja pula, ramai yang mengatakan individu itu sepatutnya ringankan mulut untuk bertanya kepada pekerja senior atau bos jika ada tugasan yang boleh dia lakukan.

Sumber: Facebook 988

Baca: “Hantar FYP boleh?”- Lelaki Tegur Cara ‘Fresh Graduate’ Mohon Kerja, Netizen Anggap Kurang Ajar

Page Mohon Kerja

Sumber: Mid-day

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.