Kehilangan Pesawat Lion Air JT 610 yang terputus dari radar 13 minit selepas berlepas dari lapangan terbang awal pagi ini sudah terjawab.
Pesawat yang ingin menuju ke Pangkal Pinang, Sumatra dari Jakarta ini terhempas ketika dalam perjalanan.
Menerusi Harian Metro, Jurucakap Lion Air berkata, pesawat itu adalah jenis Boeing 737 dan sehingga kini masih belum ada jumlah rasmi penumpang di dalam pesawat terbabit.
Ditemui di lautan Karawang, Jawa Barat
Biarpun Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait berkata, pihaknya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu. Laporan Channel News Asia Pesawat itu dipercayai ditemui di lautan Karawang, Jawa Barat.
Disini merupakan foto serpihan dan barangan peribadi yang berada dalam pesawat JT610, yang jatuh ke dalam laut selepas berlepas dari Jakarta pada pagi tadi
Selain itu ada netizen yang berkongsikan video ditempat kejaidan tersebut. Rakaman menunjukkan pesawat yang sudah tenggelam.
Video
Tak nampak teruih weh, Kapal terbang besaq kot.Tenggelam dek ayaq laut. ? pic.twitter.com/7634iNfI4a
— Atyn.J (@atynjunaidi) October 29, 2018
Baca: 5 Tragedi Pesawat Terhempas Menggemparkan Negara dan Masih Kekal Misteri Hingga Kini