in

“Forgive & forget, macam baru kahwin semalam” – Faisal Halim & Isteri Dah Berdamai?

ft faisal halim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada pemain bola sepak, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana memberi bayangan bahawa keretakan rumah tangganya kembali pulih.

Bayangan itu dapat dilihat apabila Syazwani kongsikan semula foto yang dimuat naik oleh Faisal,  foto memperlihatkan Faisal memeluk erat isteri dan anak  dengan berlatarkan lagu Sayang Sampai Mati menerusi IG Story.


Artikel berkaitan : Sangkal Dakwaan Tak Ada Duit & Tak ‘Handsome’, Peguam Kongsi Sebab Kenapa Isteri Faisal Halim Failkan Cerai

Artikel berkaitan : Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak & Pengurus Harimau Malaya

 

“Rasa macam baru kahwin semalam”

Screenshot 2025 09 12 100049

Bayangan tersebut dilihat makin jelas apabila dalam perkongsian semula Syazwani, dia turut meluahkan rasa syukur serta telah memaafkan suaminya.

“Alhamdulillah, sudah maaf dan dah lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami sampai ke Syurga. Sayang awak Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam.”

Sebelum ini, kecoh apabila Nur Syazwani telah memfailkan penceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syarikah Klang, Selangor selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, mereka berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurnakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.