in

Flashback 6 Drama & Filem Raya Best Dulu-dulu

Feature 1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa benda yang korang suka buat bila sambut hari raya? Mungkin ada yang suka makan rendang puas-puas dan ada yang suka berootd. Admin pulak paling suka tengok drama dan filem raya yang ditayangkan di TV. Baru feel sambil makan kuih raya.

Jadi, kali ini kami senaraikan 6 drama dan filem raya paling best yang pernah ditayangkan di TV waktu Aidilfitri dulu-dulu.


#1 Anak-anak Ramadan

Drama ini mengisahkan tentang keletah dua keluarga ketika berpuasa yang dilakonkan oleh Aedy Asyraf, Nik Adruce, Sheila Mambo, arwah Ismail Din dan Zamarul Hisham.

Drama 2

Kisah bermula apabila dua beradik, Lisa dan Muiz yang tinggal dengan keluarga Pak Din ketika bulan puasa disebabkan mak ayah dorang mengerjakan umrah. Pak Din juga mempunyai dua orang anak, Safiah dan Adam.

Disebabkan Pak Din cakap sesiapa yang berjaya puasa penuh akan dapat wang sebanyak RM30, jadi macam-macam yang budak-budak tu buat untuk batalkan puasa orang lain sebab hanya seorang sahaja yang layak jadi pemenang.

Korang takkan kering gusi tengok gelagat budak-budak ni berpuasa. Lagi rare, waktu drama ni ditayangkan, Aedy Asyraf pun masih kanak-kanak lagi.

#2 Aidilfitri Di Bulan Sya’ban

Dilakonkan oleh Rashidi Ishak, Joey Daud dan Shajiry, drama kelakar ini mengisahkan tentang kisah empat sekawan iaitu Saiful, Azli, Mazlan dan Wahid yang bekerja di ibu kota. Kisah bermula apabila doktor mengesahkan Saiful tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup disebabkan kanser.

Raya 1 2

Jadi, Saiful mahu merasa nikmat sambutan hari raya Aidilfitri buat kali terakhir. Kawan-kawannya juga telah berusaha untuk menunaikan permintaannya sedangkan bulan tu bukan bulan Ramadan pun.

Rupanya, Saiful tu takde penyakit kanser pun sebab rekod kesihatannya di klinik sebenarnya dah tertukar dengan rekod pesakit lain. Memang kelakar betul weh, so korang kena tengok sendiri aksi lucu dorang ni.

#3 Rendang Untuk Mertua

Selalunya drama raya akan berkisar tentang kasih sayang antara anak dan ibu bapa. Namun, drama ini mengisahkan tentang Marina (Fazura) yang mahu mengambil hati mertuanya (Wan Maimunah) walaupun dibenci disebabkan dirinya kurang cantik jika dibandingkan dengan menantu lain.

Drama 3

Dia suka masak rendang untuk ibu mertuanya walaupun masakannya sering dikutuk tak sedap. Perkara buruk telah berlaku kepadanya ketika suami (Ezany Nizariff) tiada di rumah. Ending dia memang sedih habis.

#4 I Know What You Did Last Raya

Filem raya arahan A. Razak Mohaideen ini pula merupakan parodi filem US, I Know What You Did Last Summer yang mengisahkan tentang sekumpulan sahabat yang mula diganggu apabila terlanggar seekor kambing dan seorang lelaki pada malam raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung.

Drama 4

Kalau korang nak imbas balik filem lakonan Erra Fazira, Lan Pet Pet, Waheeda dan Zamarul Hisham, boleh lah tengok semula movie ni. Confirm nostalgia lah!

#5 Salam Terakhir

Jarang lah drama lakonan Rosyam Nor tak buat kita nangis kan. Drama ini pula berkisar tentang kasih seorang abang iaitu Nazman (Rosham Nor)  terhadap adik-adiknya walaupun menghidap sakit kronik. Doktor mengganggarkan dia hanya ada masa sebulan sahaja lagi untuk hidup.

Walaupun sakit, dia juga terpaksa berhadapan dengan ketamakan adik-adiknya yang berebut harta pusaka. Namun, takde sorang pun adik-beradiknya yang tahu dia sedang melawan kesakitan seorang diri. Confirm korang akan nangis teruk nanti. 

#6 Takbir Suci

Drama ni boleh buat korang marah dan geram terhadap watak Kak Nora lakonan Raja Azura sebab dalam cerita ni, Kak Nora merupakan seorang yang zalim terhadap anak-anak yatim. Drama Takbir Suci ni ada sambungannya iaitu Takbir Suci 2 dan Takbir Suci 3.

Drama 5

Tak pelik kalau drama ni boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sebab drama ni merupakan arahan Rashid Sibir yang juga dikenali sebagai ‘Pengarah Air Mata’.

Antara banyak-banyak drama ni, yang mana satu favourite korang? 

Baca: Imbas Kembali 5 Drama Raya Sedih Yang Pernah Ditayang Di TV

Drama

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Remaja
Sumber: Wikipedia
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.