in

“Fitnah yang menjijikkan” – Didakwa Culas Bayar Nafkah Anak-anak, Ini Jawapan Hafidz Roshdi

Syaz Ft 2024 06 26T123118.163

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, pertengkaran antara pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Shuhada Shukri masih belum reda.

Sebelum ini, menerusi laman Instagram, Shuhada atau mesra disapa Shu menyatakan bekas suaminya itu culas dalam memberikan nafkah kepada dua anak mereka iaitu Umar dan Humairah.


Artikel berkaitan: “Tak perlu makan, sekolah?” – Shuhada ‘Sound’ Hafidz Roshdi Di IG, Tak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ayah

Artikel berkaitan: “Kenapa aku minta cerai? Sebab ni…” –  Shuhada ‘Exposed’ Mesej Lucah Hafidz Roshdi & Penyondol?

Pun begitu, hari ini Hafidz pula menerusi Instagram miliknya membalas dakwaan itu melalui IG Story dan menepis dakwaan yang diberikan oleh bekas isterinya itu.

1 1 1 4

“Kenyataan menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy Itu juga mengemukakan resit transaksi online sebagai bukti dirinya tidak pernah culas dalam membayar nafkah anak-anaknya itu termasuklah bayaran insurans serta zakat.

2 1 5

Kenyataan tersebut diberikan oleh Hafidz Roshdi susulan dakwaan Shu yang mengatakan Hafidz gagal membayar nafkah kedua-dua anak mereka sehingga insurans lapse dan yuran persekolahan tertangguh.

Hmm, nak percaya mana satu ni? 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.