Seperti yang dah sedia maklum, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan pada 19 November 2022, Sabtu, serentak di seluruh negara.
Bagi yang baru pertama kali bakal turun mengundi, mesti korang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan pada hari pengundian. Kena bawak apa-apa ke?
Haa… Jangan risau! Kali ini min akan kongsikan 10 langkah yang boleh dijadikan panduan untuk korang masa hari mengundi nanti.
Tapi sebelum itu, benda PALING PENTING yang korang kena buat sebelum nak mengundi ni selain daripada daftar mengundi & check kawasan pengundian korang adalah kena bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri seperti:
-
- Kad Pengenalan (IC)
- Pasport
- Lesen Memandu
- Dokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09)
- Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)
10 Langkah Mengundi
Berikut pula, min kongsikan beberapa langkah untuk mengundi sebagai panduan seperti yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
- Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
- Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pastikan No. Kad Pengenalan dan nama korang yang dibaca oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
- Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
- Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama korang dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari korang dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).
- Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
- Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
- Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.
- Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
- Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Selamat mengundi!
Sumber: eCentral
Baca: PRU15: Majikan Boleh Didakwa Jika Potong Gaji Pekerja Yang Pergi Mengundi