in

First Time Masak Sambal Sotong Sendiri Ikut Nasihat Abang Jual Nasi Lemak, Tiba-tiba Sotong ‘Ghaib’ Dalam Pressure Cooker?

Pod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sotong kembang kalau masak sambal tumis dan makan pula dengan nasi lemak atau nasi putih memang sedap! Tapi, orang cakap penyediaannya agak leceh sikit. Tak apa, benda boleh belajar kan? Yang penting perut kenyang makan sambal sotong kembang. Fuh, syiok!



Untitled Design 2020 04 02T210014.884

Seperti perkongsian dari Norliza Liza semalam mengenai hidangan ini di dalam Group MASAK APA TAK JADI HARI INI di Facebook, seumur hidupnya ini pertama kali beli sotong kembang dan masak sendiri di rumah. Bagus la belajar masak sendiri. Lagi jimat!

Perkongsian yang dibuat itu mendapat 12 ribu tanda suka dan 321 perkongsian telah dibuat oleh pengguna Facebook.

Namun ada kisah yang menarik mengenai sotong kembang nya itu, korang baca kisah kat bawah ni.

Photo6273945195452148813

 

 

Kisah sotong ‘ghaib’

Semasa wanita itu beli nasi lemak dekat abang yang jual sambal sotong, abang itu cakap masukkan sotong dalam periuk tekanan tinggi kalau nak bagi sotong gebu dan lembut.

“Akak semangat cuci dan masukkan dalam periuk nak bagi lembut.”

Sambil-sambil masak sambal, katanya bau sotong kembang dah menusuk hidung. Mesti dah terliur nak makan dengan nasi nanti. Bila pressure cooker dah berbunyi tanda masa rebus dah tamat, wanita itu cepat-cepat nak keluarkan sotong.

Tapi, bila buka pressure cooker, tiba-tiba sotong ‘ghaib’. Yang nampak cuma air rebusan je. Aik, pergi mana pulak sotong tu?

Photo6273945195452148815

Wanita itu terfikir yang sambal dah masak tapi sotong pula ‘hilang’. Tak puas hati bila tak jumpa sotong dalam periuk itu, wanita itu tekad tuangkan air rebusan dalam sinki dapur.

Bila tengok dalam sinki, yang tinggal cuma tulang sotong yang macam plastik itu sahaja. Biar betul?

Photo6273945195452148816

Rupa-rupanya, wanita itu tersedar yang dia sebenarnya tersalah setting periuk tekanan tinggi itu.

“Tertekan untuk daging. Selalu setting daging je.”

Alahai, tak sempat nak merasa makan nasi dengan sambal sotong kembang.

Tak apa, belajar dari kesilapan orang cakap. Next time dah tak cuai boleh la masak sambal sotong kembang tu.

 

Sumber: Norliza Liza

Baca: “Nak kerja dekat istana!”- Raja Permaisuri Agong Masak Sotong & Ketam Untuk Pekerja Istana, Netizen Pakat Terliur..

Capture 32

Sumber: RASA
Sumber: Norliza Liza
Sumber: Norliza Liza
Sumber: Norliza Liza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.