in

Fasa 2 PPN : Pasar Pagi, Pasar Tani & Carwash Dibenarkan Beroperasi

Fi Psr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik!



Bagi beberapa buah negeri yang berada dalam Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), pasar pagi, pasar tani serta perkhidmatan cuci kenderaan ataupun carwash akan dibernarkan beroperasi.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), perkhidmatan berkenaan tak perlu dapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tapi cukup hanya dengan tunjukkan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jika lokasi perniagaan melibatkan pergerakan rentas daerah atau negeri, mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dengan mengemukakan lesen perniagaan atau permit penjaja oleh PBT berkaitan,” menurut KPKT lapor AWANI.

Di samping itu bagi perkhidmatan cuci kenderaan, kerja pembersihan yang dibenarkan adalah meliputi bahagian luaran kenderaan, enjin kereta, dalaman kereta, mengilatkan serta pengewapan antibakteria dan pembasmian serangga ruangan dalam kenderaan menurut KPKT. Ia nya dibenarkan untuk kenderaan-kenderaan secara manual, separa automatik dan automatik.

 

Pasar pagi & pasar tani

Seterusnya untuk pasar pagi dan pasar tani, dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 11 pagi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meliputi bilangan pengunjung dan penjarakan minimum dua meter.

Psr 2

“Enam komoditi utama sahaja iaitu ikan, daging, ayam, telur, sayuran dan buah-buahan dibenarkan untuk dijual. Sementara pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka,”

Orang ramai diminta merujuk laman sesawang rasmi KPKT di https://www.kpkt.gov.my bagi memuat turun SOP yang bakal dikeluarkan.

 

Baca : Pulau Pinang Mula Beralih Ke Fasa 2 PPN Rabu Ini, Kedah Dijangka Menyusul Dalam Masa Terdekat

Fi Ppn

Sumber: MYSUMBER tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.