in

“Farid tak ada kena mengena dalam hal ni” – Diana Danielle Nafi Farid Kamil Punca Dia Diserang Anxiety

Collage 53

Kalau korang antara salah seorang dari 1 juta followers di Instagram Diana Danielle, korang mesti perasan minggu lepas dia ada muat naik video menangis sebab susah nak bernafas.

Anxiety is real

Dalam video ni, Diana explain yang dia rasa susah sangat nak bernafas walaupun bila dia pergi check dekat hospital, doktor kata pernafasan dia normal je.

Menurut Diana, dia diserang gangguan kebimbangan melampau ni dah dua minggu. Selama dua minggu ni, dia tak boleh nak tidur, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh dan hilang selera makan.

View this post on Instagram

Those who have it can relate. I dont care how my hair or face or clothes look like right now — this is the raw truth that many people have tried to deny themselves of, family members saying “it’s not real, chill” or you yourself saying “i dont know why, am i weak? Am i just mengada?” No dear — your mind, your body, your everything will just sweat, shake, hyperventilate, heart racing at random times and for no reason and you feel helpless. You think – hm, maybe if i have enough sleep i’d be better. Maybe if i have enough food i’d be better. But this thing is unpredictable. It plays with your emotions, and right now im tired. See I dont cry. I dont. Only when it hurts to my core. But not being able to breathe for so many days is so scary and is sooooo frustrating. My chest hurts from overextending the breathing. I would never dream of making a video crying like a baby and show it to the world. But it’s important to speak about mental health that affects so many others. I share because in malaysia this is not shared, people go thru it in silence, don’t be shy to seek help from a professional, an ustaz who is experienced and who can share steps to manage the overwhelming experience — some have suffered for 10-20 years in silence and it’s not fair. So ill be open and try some solutions given by so many good hearted people. Just know that panic attacks can turn to anxiety attacks which can also turn into other forms of mental instabilities so find your channel, your solution and spread your way of getting better. Maybe someone going through it now will be able to see the light at the end of the tunnel.

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Dalam temubual bersama Utusan, Diana mengatakan, tujuan dia share video tu sebab dia nak ajak orang ramai supaya jangan malu nak mengaku ada masalah kesihatan mental.

Nak spread awareness

Mana taknya, Diana berkata dia banyak terima respons dari rakan artis mengatakan yang dorang pun pernah mengalami masalah yang sama. Ada yang sampai buat pemeriksaan dekat Institut Jantung Negara (IJN) sebab simptom anxiety attack ni hampir sama dengan heart attack tau.

“Perkongsian terbuka dalam laman sosial memberi banyak manfaat kepada saya untuk dapatkan penjelasan yang lebih tepat tentang keresahanan melampau.”

Apa yang paling takut, keresahan melampau ni boleh membawa kepada isu kemurungan dan bunuh diri.”

Tak ada kena mengena dengan Farid

41516090510 Faridkamil

Bila ditanya, adakah serangan anxiety yang dialami oleh Diana ini berpunca dari suaminya Farid Kamil yang umum tahu baru-baru ini dia dijatuhi hukuman penjara 9 bulan, Diana menafikannya.

Mana ada, dia tak ada kena mengena dalam hal ni.”

“Cuma masa situasi ini terjadi, saya tengah sibuk tubuh syarikat baru dan tolong suami dengan filem terbarunya sambil urus anak-anak.”

Tambah Diana lagi, bila dia diserang keresahan melampau ni, kesakitan yang dialaminya macam rasa nak mati.

Sekali diserang, sakitnya macam nak mati. Mata ni dah macam nampak malaikat sakaratulmaut tunggu nak cabut nyawa.”

Macam yang Diana cakap tadi, keresahan melampau kalau tak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan bunuh diri.

Kalau korang nak tahu, masalah bunuh diri sekarang ni merupakan isu mental yang serius di seluruh dunia. Asia je dah sumbang separuh dari 800,000 kematian setiap tahun.

Guna seni sebagai terapi untuk kesihatan mental

So, bimbang dengan masalah kesihatan mental yang masih kurang diperkatakan, MMU ambil kesempatan sempena Art Xpression Festival (AXF) 2019 untuk educate dan sebarkan kesedaran tentang kesihatan mental kepada komuniti dengan mengadakan kempen “Love Yourself”.

Tujuannya :

  • Mewujudkan platform untuk ekspreskan diri secara positif dan kreatif.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakan tentang sakit mental dan bagaimana boleh jadikan seni sebagai terapi.

Kempen yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September ini akan menampilkan beberapa acara menarik termasuk:

Theatre of Xpression

Konsekuensi

Bertemakan “Love Yourself”, teater ini akan menceritakan tentang bahtera perkahwinan tiga pasangan dengan konflik tersendiri dan macam mana tiga pasangan ni deal dengan masalah dorang.

Teater ini akan diadakan pada 7 September 2019 (Sabtu) dari pukul 5p.m hingga 7p.m bertempat di Glassbox, Tamarin Square, Cyberjaya dengan bayaran tiket hanya RM20 saja!

Stage of Xpression

Axf 2019 Poster Flyers 2

Pada 9 September 2019, bakal berlangsungnya Art Xpression Festival Night yang akan mempamerkan bakat-bakat luar biasa student MMU malah ada juga artis tempatan yang buat persembahan. Fuyooo

Forum of Xpression

Axf Night

Salah satu highlight dalam AxF Night ialah Forum Of Xpression yang mana pelakon kesayangan ramai, Maya Karin dan dua social media influencer Aidil Iman (@sunfloweraidil) dan Azfar Firdaus (@azfarovski) akan kongsikan struggles dorang hadapi dan macam mana dorang overcome benda ni.

Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal Art Xpression Festival ni, korang boleh tengok kat sini.

 

Tunggu apa lagi? Jom!