in

Fans Teruja Taeyang BIGBANG & Min Hyo-rin Selamat Timang Anak Lelaki!

Taeyang Official Youtube Min Hyorin 092721

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wow~ Fantastic baby~ Dance!


Bagi VIP, semestinya mereka sedia maklum bahawa kesemua ahli BIGBANG telah berjaya menamatkan servis askar mereka tahun lepas.

Malah, ketika ini empat ahli kumpulan tersebut iaitu G-Dragon, TOP, Taeyang dan juga Daesung masih fokus kepada aktiviti solo masing-masing.

Nampaknya, hari ini peminat kumpulan terkenal dari agensi YG Entertainment menerima satu lagi khabar berita yang gembira kerana Taeyang dan juga isterinya Min Hyo-rin telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama dan ianya seorang lelaki! Tahniah korang berdua!

Taeyang 1

Walaubagaimanapun, menurut Soompi, YG Entertainment tidak mendedahkan tarikh sebenar bayi pasangan tersebut dilahirkan. Disebabkan berita gembira itu, ramai fans di Twitter mengucapkan tahniah kepada Taeyang dan juga Min Hyo-rin.

Twitter

Taeyang atau nama sebenarnya, Dong Young Bae merupakan vokalis utama kumpulan BIGBANG telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Min Hyo-rin yang juga seorang pelakon dan model pada Februari 2018 selepas mereka mendedahkan hubungan mereka sejak 2014.

Mula berkenalan di set pembikinan muzik video pada 2014

Perkenalan mereka bermula selepas Min Hyo-rin terlibat dengan pembikinan muzik video Taeyang yang berjudul 1AM pada ketika itu dan menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih selama 4 tahun.

Korang boleh tengok dalam MV Taeyang kat bawah ni:

Pasangan tersebut telah mengumumkan berita bahawa mereka akan bergelar ibu bapa pada 27 September lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.

Min terasa tua pula bila dapat tahu berita ni… Tapi yang penting, korang semua mesti teruja sama juga macam min kan? Mesti comel anak diorang… Tahniah Taeyang & Min Hyo-rin!

Baca: Peminat Terkejut Bintang Kdrama Park Shin Hye Hamil & Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Januari 2022

Untitled 3 2

Sumber: Allkpop
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.