in

“Eh kau nak panjat pulak” – Pelancong dari China Cuba Panjat Dinding di Lapangan Terbang Senai

5Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Coronavirus adalah satu wabak baru berasal dari China dan menyebabkan dunia dalam keadaan berjaga-jaga. Sehingga sekarang, Malaysia telah dilaporkan mempunyai empat kes yang melibatkan wabak tersebut. Kesemua mangsa yang terlibat adalah berasal dari Wuhan, China yang merupakan tempat asal berlakunya penularan wabak ini.


Mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus tersebut tidak tersebar, pihak kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan setiap penumpang penerbangan yang masuk ke tanah air wajib menjalani saringan kesihatan.

Lain pula yang terjadi di Lapangan Terbang Senai, Johor. Seorang lelaki warganegara China cuba memanjat dinding seolah cuba melarikan diri ujian saringan berkenaan. Cuba korang tengok video oleh @CVO_II kat bawah ni.

 

Eh nak panjat pulak

Kalau dengar betul-betul video tu, ada seorang wanita kata lelaki China tu nak bercakap sesuatu. Admin tak pasti lah pulak dia nak  cakap pasal apa. Tapi rasanya tak perlu kot sampai nak panjat dinding tu, dah lah kaca je. Sekali pecah apa pun tak dapat.

Screen Shot 2020 01 26 At 5.22.48 PmDua-dua benda ni betul. Susah kalau tak ada orang yang boleh cakap Bahasa Cina. Tak faham nanti apa yang dia cuba sampaikan. Tapi admin rasa dorang pun at least kena tahu lah gak cakap English. Simple words pun jadi lah.

Screen Shot 2020 01 26 At 5.22.15 PmAdmin pun risau gak tengok dia sentuh cermin dan tak pakai face masak betul-betul. Tapi tak adil rasanya nak tuduh dia ada virus tu. Cuma langkah berjaga-jaga tu kena ada. Kena sentiasa alert lah kan.

Screen Shot 2020 01 26 At 5.23.49 PmWowowo sabar sis. Semua orang risau. Tapi China sendiri pun dah halang semua penerbangan keluar masuk negara dorang. Ada protokol kena ikut. Harap bersabar ye.

 

Baca: “Tak kantoi lah kalau makan panadol” – Doktor Ini Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Elak Coronavirus Di Lapangan Terbang

2Kkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.