in

Eh Beg Apa Rosmah Pakai Tu?

Rossy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui ramai, hari ni isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir memberikan keterangan di ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Rosmah tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz kira-kira jam 10:43 pagi. Sopan mengenakan baju kurung biru bercorak lengkap berselendang, beliau tidak diiringi oleh polis pengiring.

Ww
sumber: twitter
Sinchew
sumber: sinchew

Rosmah khabarnya telah melantik peguam untuk menemaninya pada hari memberikan keterangan, namun sesi soal siasat ke atasnya bersama pasukan penyiasat SPRM dikatakan berlangsung tanpa ditemani sesiapa. Peguam Datuk K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent didapati hanya menunggu Rosmah di ruang kafetaria bangunan SPRM.

Ditemani oleh anak perempuannya Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan, Rosmah memakai selendang merah sedondon dengan sepatu di kakinya.

11
sumber: twitter
Beg 1
sumber: twitter

Sejak kisah rampasan ratusan beg mewah dari kediamannya tersebar, beg tangan Rosmah menjadi tumpuan utama orang ramai. Teka-teki gerangan beg merah yang dipakai itu akhirnya terjawab apabila netizen laju je buat research pasal handbag tu.

Hasil carian netizen di Twitter, mereka dapati bahawa beg jenama Versace tersebut tidaklah semahal beg Hermes Birkin yang selalu dibawa beliau sebelum ini. Tapi harga beg merah tu tetap cecah ribuan ringgit gais!

Ssas
sumber: twitter
Gve20596 3 Enlarged
sumber: twitter

Fuh mahal jugak beg Kak Mah yang ni ye.

Baca: 6 Kontroversi Tentang Rosmah Mansor Yang Menggemparkan Negara

Salsc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.